NORMAN RADZUAN
MELAYU AKAN TERUS KETINGGALAN TANPA ILMU
Seperti dijanjikan saya sambung kisah mengapa UMNO dan Bersatu
perlukan PAS? Mengapa PAS... mengapa UMNO tidak boleh berkerjasama dgn Bersatu
sahaja sdgkan kedua parti ini mempunyai ideologi yg hampir sama?
Ikut lojik akal sepatutnya begitu. Tapi ia tidak berlaku kerana
isu agama dan bangsa seperti itu hanya omong kosong. Sebenarnya adalah kerana
kuasa. PAS ada pengundi yg ramai dan mudah dipergunakan.
Artikel pagi ini perlukan sedikit pendekatan akademik dlm
pembacaan yg santai. Saya juga muatkan sedikit artikel yg pernah saya tulis
setahun lalu kenapa Melayu taklid buta ini wujud utk menghuraikan kenapa bangsa
kita begitu taksub dgn org agama walaupun kebenarannya diragui.
UMNO pilih PAS, Bersatu pilih PAS berbeza sedikit dgn cara
kenapa PH pilih PAS. UMNO pilih PAS selepas mereka kalah. Sdgkan puluhan tahun
PAS tuduh org UMNO kafir, solat tidak dpt pahala hingga ada pasangan bercerai
berai kerananya.
UMNO pula menuduh PAS pasti ajaran sesat. Kenapa mereka boleh
berbaik? Jawapannya PAS parti yg mudah dijinakkan. Betul atau tidak menguruskan
negara, PAS tetap menyokong dan pertahankan. Perlu diingat UMNO jika mereka
kekal sebagai kerajaan, mereka tidak akn bersama PAS kerana keduanya mempunyai
ideologi yg sgt berbeza.
UMNO mahu pun Bersatu tahu level mentaliti pemimpin dan pengikut
parti tersebut. Pemimpin PAS dpt dilihat apabila menjadi kerajaan tidak membawa
sebarang agenda yg dilaungkan. Apatah lagi agenda ekonomi yg tidak pernah
terbukti PAS berjaya melakukannya menguruskan Kelantan dan Terengganu.
UMNO dan Bersatu hanya perlu menjaga beberapa kerat pemimpin
utama PAS, mereka akn mendapat deposit 1-2 juta pengundi yg digelar walaun dari
parti agama tersebut. Simple matematik kan kenapa PAS menjadi rebutan. PAS bagi
pemikiran pemimpin UMNO dan Bersatu seperti anak2 kecil apabila mengamuk
apabila akn diberi gula2 atau anak kecil zaman skg diberi HP... maka senyaplah.
PAS tidak akn meminta jawatan PM sb mereka tahu mereka tidak
mampu menguruskan negara ini. Sebab itu UMNO tak mahu kerjsama dgn PH. Sebab
mereka tidak boleh jadi ketua dan mereka tahu PH ini berpegang kpd prinsip
keadilan, amanah dan rakyat adalah tuan.
Dgn PAS berikan jawatan Kementerian yg tidak penting asalkan
bergelar Menteri atau Timbalan ia sudah memadai. Dgn adanya PAS, kerajaan PN
skg ini akn mendapat free marketing dan full support yg berlebih lebihan dari
pemimpin PAS utk mempertahankan mereka.
Ia jelas dilihat apabila apa sahaja isu yg tidak menyenangkan
hati rakyat... pemimpin PAS akn pertahankan. Ia sgt berbeza dgn pemimpin UMNO,
MCA, MIC dan parti Sarawak. Ada isu yg tidak betul mereka tidak menyokong
walaupun bergelar Menteri. Itulah kelebihan bila bekerjasama dgn PAS.
Sepertimana saya tuliskan sebelum ini kesilapan corak pemikiran
pemimpin PAS dlm memahami Sains Politik telah mewujudkan pengikut yg taklid
buta kpd mereka. Kesannya telah membuatkan org2 Melayu terus ke belakang dlm
ekonomi di negara sendiri. Jadi mari kita analis kenapa wujudnya begitu ramai
pengikut taksub mereka.
Sejak sepuluh tahun dulu jika saya menulis sikap bangsa saya...
saya akn mengaitkan nama2 seperti Abdullah Mursyi, Soekarno, Hamka, Pendita
Za'ba dan termasuk Anwar Ibrahim. Saya byk mengkaji pemikiran tokoh2 ini dan
sedikit sebanyak terpengaruh dgn ideologi2 mereka.
Dlm artikel yg lalu saya ada menulis mengenai pandangan Pendita
Za'ba mengenai sikap org miskin ( Melayu ) bergantung kpd org kaya utk
membantunya melalui sedekah duit dan org kaya bergantung kpd org miskin utk
masuk ke syurga. Pergantungan inilah yg membuatkan bangsa ini mundur dan ramai
pula mengambil kesempatan.
Org miskin ( sihat tubuh badan ) menjadi peminta sedekah tanpa
bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam
menghulurkan tangan.
Org kaya pula meminta ahli2 masjid di kampung mendoakannya dan
menjemput ke rumah setiap bulan utk bacaan Yasin. Mengharap org lain membaca
agar dia mendapat pahala dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.
Lebih menyakitkan hati org beragama juga turut mengambil
kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama utk mencari keuntungan peribadi.
Ini semua seperti kata Zaaba dlm bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.
Hari ini ada org beragama telah mengambil kesempatan ke atas
kelemahan dua golongan ini. Dlm maksud lain kedua golongan ini mencari jalan
pintas ke syurga dgn pergantungan kpd org lain bukannya dari amalannya dirinya
sendiri.
Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dlm karangannya Pelayaran
Abdullah Ke Kota Bharu, "Kamu dibesarkan oleh org tua yg menanam benih
pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan
yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."
Pendita Zaaba juga menceritakan keadaan yg hampir sama selepas
lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi. Kata Zaaba, “Agama yg telah diajar
oleh org Melayu kpd org Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yg tidak
boleh bangkit.”
Kata2 cerdik pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh
bangsa kita walaupun sudah ada sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu
setiap kali anak hendak exam dimintanya air jampi.
Wahai org Melayu jika benar air jampi boleh beri org pandai
tanpa membaca buku ulangkaji….dah lama Nabi doakan air zam zam utk pujuk
Quraisy memeluk agama Islam.
Lihat lagi sikap org Melayu yg suka bergantung kpd hidup pada
org lain. Jika ada kematian 7 malam diadakan bacaan Tahlil, hari ke 40 baca
lagi dan hari 100. Ia dilakukan dgn harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si
mati di dlm kubur berhadapan dgn malaikat.
Moralnya pergantungan org Melayu kpd org lain ke syurga sampai
dia dah mati. Dia tidak bergantung kpd amalan solehnya, sedekahnya dan doa
anak2nya sendiri.
Apabila Hamka menegur sikap org Melayu membuat majlis tahlil
ketika era zamannya… melenting org Melayu dgn alasan bacaan Tahlil itu adalah
ajaran yg telah diajar dari warisan guru2 terdahulu. Org Melayu jenis mengikut
adat seperti slogannya biar mati anak jgn mati adat hingga sanggup menuduh
Hamka sebagai Wahabi.
Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah
ditentang oleh kebanyakkan org Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka
yg kritis, berwawasan dan cuba membetulkan yg tidak betul kpd betul.
Zaaba menulis org Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup
berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan org Melayu pergi ke sekolah
cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira utk menjadi kerani di pejabat2.
Saya mengajak kalian melihat sikap org Melayu yg sgt lucu. Al
Quran 100% org Melayu menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu
sebagai amalannya utk bekalan akhirat. Org Melayu kebanyakkan mengharap
pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dgn hanya
meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.
Sebab itulah ramai para agamawan mengambil kesempatan
menggunakan agama utk kemewahan peribadi. Air mineral dibaca surah2 sekian2
dari modal RM 1 dijual RM 10. Kismi yg dibaca surah2 tertentu dijual harga 10
kali ganda. Yg ini patuh syariah yg itu patuh syariah… selagi boleh diniagakan
Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada
tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana mereka tiada ilmu dan
tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan org lain sehingga
mudah dipergunakan.
Adakah Islam itu maju hanya dgn hudud? Bersambung....