FMT
Anwar Ibrahim menuntut penjelasan penuh Kementerian Luar
berhubung ketidakhadiran Hishammuddin Hussein di sidang khas Perhimpunan Agung
PBB.
PETALING
JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kesal dengan Menteri Luar, Hishammuddin
Hussein yang tidak menghadiri sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan konflik berterusan antara
Palestin dan Israel.
Mesyuarat
khas itu sedang berlangsung di New York.
Anwar
berkata, beliau kecewa dengan Hishammuddin yang sebaliknya menghantar wakil
Malaysia sebagai penggantinya ke mesyuarat PBB itu.
“Saya
menuntut penjelasan penuh daripada Kementerian Luar,” katanya di Twitter malam
tadi.
Beliau berkata, rakan sejawatan Hishammuddin dari negara lain
seperti Turki, Pakistan dan Indonesia dilaporkan berada di New York untuk sesi
khas itu.
Konflik
terbaru di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-11.
Menurut
laporan, 230 warga Palestin terkorban, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita,
dengan lebih 1,7000 orang cedera dalam serangan udara sejak konflik itu bermula
10 Mei lalu.
Pihak
berkuasa Israel pula melaporkan 12 orang meninggal dunia di negara itu, dengan
336 lagi cedera.