Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

 


Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi


TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI..

Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesumat dan dendam, Sudah pasti kesumatnya terarah kepada Ds Anwar Ibrahim.. Kalau nak lawan Anwar Ibrahim pun, Gunakan Hujjah bukan Fitnah.. Tetapi itulah Ulama tebuk atap..

Bagaimana seorang dikata Ulama’ Boleh mengatakan Pakatan Harapan menjanjikan turun harga minyak dalam tempoh 24 Jam, Kalau ungkapan ini keluar dari mulut walaun PAS..kita faham..Tetapi orang yang dikatakan Alim dalam Politik para pentaksubnya..

Kalau kata kata ini keluar ketika berceramah, Mungkin kita anggap dia tersasul.. Tetapi dalam tulisannya, bagi aku yang ada dalam hatinya adalah dendam yang menghalalkan fitnah.. Ini bukan kali pertama aku dengar Haji Hadi mengulang ulang fitnah ini..aku dengar sejak kempen menentang Ds Anwar di Port dickson..

Sejak bila Manifesto PH turunkan harga minyak dalam tempoh 24 Jam ? tidak ada..Yang ada dasar penstabilan harga minyak… Begitu juga dalam isu Tol..Itu janji 5 tahun..Bukan 24 jam..

Kalau rujukan Haji Hadi ucapan Ds Anwar ketika berceramah.. Itu ketika kempen PRU 13, Ketika itu PAS dan PR masih bersama merangka Manifesto.. Dan apa yg diucapkan Anwar biarpun aku tak setuju dan bersifat Populis,Tetapi itu bukan Manifesto.. Malah ketika PRU 14.. Ds Anwar dalam penjara..

Tapi itulah Haji Hadi.. Main sedap guna ayat berkaitan InsyaAllah yang tak terkait dengan Manifesto..Mana ada Manifesto sebut InsyaAllah.. Itu komitmen..Mana ada aku janji, surat jaminan Hutang, atau apa apa transaksi disebut InsyaAllah.. Macam Manifesto PAS nak laksana Hudud, Macam nak hapuskan hutang PTPTN.. atau turunkan harga Kereta…Ada sebut InsyaAllah ? Itu betul2 Manifesto PAS pada PRU 14..

Sepatutnya bila Allah uji dengan sakit.. Adalah rasa dihati ingin bertaubat..Rupanya jadi lebih teruk kesumat dia.. Tapi dia sendiri lupa, Dia sendiri kata bukan Kerajaan pintu belakang, tetapi tebuk atap….tetapi dia lupa dia sendiri kata ini kerajaan tebuk Atap.. Bukan dari orang lain tapi dari mulut dia sendiri..

Apapun..aku Doakan, Biar Haji Hadi terus sihat menantikan hari hari mendatang.. Biarkan jiwa sakitnya itu makin tersiksa dengan kegagalan.. Nak cerita kan kejayaan tak mampu..kejayaan diri sendiri memegang Portfolio Duta timur tengah pun takda apa.. patutnya Haji hadi lah mengiringi Muhyidin ke Mekah, saudi dan UAE..rupanya dia Duta Timur tengah tertinggal di Marang..

Tapi biarlah kebencian dan kesumatnya itu terus menyala.. Semoga Allah berikan pengajaran berguna suatu hari nanti.. Dah jadi Kerajaan, Dan berjaya Khianat PH pun jiwanya masih tak tenteram, Kalau orang tua tua kata..Itu tanda makan duit haram..

Apapun sifat Kebencian,Dendam ni Allah dan Nabi dah sebut..Ini perosak Agama sebagaimana penyakit yang sama dihidapi Mufti dari utara.. Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Iaitu Kebencian..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka..dalam hadis Nabi disebut dikenal dengan Istilah Haliqah (حَالِقَةُ), iaitu Pemangkas Agama… sabda Nabi ﷺ..

، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ…

“Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong(Pemangkas) agama dan bukan pemotong rambut…”

Ipohmali