PENJAJARAN BAHARU POLITIK NEGARA

 

MOHD SHAH RIM


Exclusive] Umno willing to discuss unity government with any PH parties



Setelah memikirkan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat lebih penting dari segala galanya.. aku terbuka untuk menerima jajaran politik baru antara KEADILAN/PH dan UMNO/BN..

KESTABILAN POLITIK.

Politik negara perlu direset semula secara total, sebuah kerajaan yang dibentuk haruskan kerajaan yang berjaya meraih majoriti yang besar bagi kestabilan politik, barulah ekonomi negara akan berkembang dan suasana pelaburan menarik kedatangan pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

DASAR PROGRESIF

Malaysia sebuah negara untuk semua bangsa, etnik dan agama, kerajaan yang dibentuk mesti bertanggung jawab untuk semua warganegaranya, ni mampu dicapai jika jajaran politik baru yang mewakili suara pelbagai lapisan masyarakat menjadi kerajaan.

KEPIMPINAN.

Tokoh politik yang menerajui negara adalah pemimpin yang mewakili semua, Malaysia perlu keluar dari politik yang  memainkan sentimen dan menjaja Islam sebagai modal berpolitik semata. Perubahan ini perlu dibuat walaupun mendapat tentangan hebat dari golongan konservatif dan extemis kerana masa depan generasi akan datang perlu diselamatkan dari terjebak dalam politik perpecahan.

Semoga jajaran baru ini jadi kenya