Muhyiddin kata PN tidak terjejas tanpa Umno

 Muhyiddin kata PN tidak terjejas tanpa Umno


Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat Perikatan Nasional (PN) tetap berdiri kukuh biarpun UMNO membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan parti tersebut.

Menurutnya, kerjasama yang diberikan oleh parti-parti lain dalam PN seperti Pas dan rakan-rakan parti lain masih baik dan mereka terus menyatakan sokongan kukuh kepada gabungan tersebut.

“Pas telah menyatakan pendirian kukuh untuk kekal bersama dalam PN dengan meneruskan apa yang telah dirancang dengan mengukuhkan kerjasama terutamanya tumpuan pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya fikir tidak menjadi masalah (UMNO menamatkan kerjasama bersama Bersatu walaupun kita mahu melihat gabungan parti-parti yang ada boleh terus kekal kerana rakyat sudah mulai suka,” katanya lapor Sinar Harian pada sidang akhbar selepas melawat pusat vaksin Klinik Kesihatan Kampung Gial, Arau pada Jumaat.