Adakah majoriti pekebun kecil dan pekerja
dalam industri kelapa sawit berpendapatan lumayan?
ALIRAN KESEDARAN
NEGARA
Jentera berat sedang
menceroboh tanah kebun sawit milik penduduk Orang Asli - FILE FOTO
Saya tertanya-tanya sama ada Ketua Pengarah Pertubuhan
Perdagangan Sedunia (WTO) yang baru dilantik, Ngozi
Okonjo-Iweala dari Nigeria, tahu bahawa Malaysia “mencuri” kelapa sawit
negaranya (elaeis guineensis)?
Atau ia sebenarnya perbuatan “Tuhan” kerana pihak British
yang bertanggungjawab membawa benih kelapa sawit dari Nigeria
ke Malaya pada awal tahun 1870-an sebagai tanaman perhiasan – bak tersirat
dalam slogan terkini menteri perusahaan perladangan dan komoditi: “Sawit
Anugerah Tuhan”?
Nigeria pernah mejadi pengeluar dan pengeksport minyak sawit
terbesar di dunia. Malangnya bagi negara itu, pokok kelapa sawit juga
berkembang maju di benua Asia khususnya Timur Jauh. Didorong oleh peningkatan
permintaan minyak sawit sebagai minyak sayuran dan kegunaan teknikal lain
semasa Revolusi Perindustrian di Eropah, kerajaan British ketika itu mengambil
langkah yang bijak untuk membangunkan kelapa sawit sebagai tanaman jualan,
dengan estet komersial pertama ditubuhkan di Kuala Selangor pada tahun 1917.
Selepas pihak berkuasa British meninggalkan wilayah jajahanya,
kebanyakan ladang kelapa sawit komersial berskala besar terus diusahakan oleh
syarikat minyak sawit milik kerajaan negeri, persekutuan dan korporat swasta di
Semenanjung Malaysia, diikuti oleh Sabah dan kemudian Sarawak.
Ini mengancam industri minyak sawit tradisional di Nigeria dan
negara-negara lain, yang menjejaskan beratus-ratus ribu pekebun kecil dan ramai
lagi pekerja di sana.
Hari ini, industri kelapa sawit adalah sektor keemasan Indonesia
dan Malaysia, dua pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit di dunia.
Kerana Eropah adalah antara pengguna minyak sawit terbesar di
dunia dan pasaran utama untuk biodesel sawit Malaysia, kerajaan Malaysia
bimbang akan kehilangan pasaran utama Eropah.
Malaysia dilaporkan telah memfailkan
tindakan undang-undang dengan WTO tentang sekatan oleh Kesatuan
Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit sebagai bahan api bio.
READ MORE: Edict kecam kes penderaan ke atas tahanan di
Penjara Pulau Pinang
Ditegaskan berulang kali oleh kerajaan Malaysia, tindakan EU itu
mengancam mata pencarian 650,000 pekebun kecil dan kepentingan lebih 3.2 juta
rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri sawit, memacu mereka semua ke
dalam kemiskinan.
Jadi, kerajaan Malaysia yang ‘penyayang’ memberi amaran akan
mengambil tindakan untuk melindungi hak dan mata pencarian pekebun kecil kita
jika EU melaksanakan sebarang larangan ke atas minyak sawit.
Parlimen Eropah memutuskan pada 17 Januari 2018 untuk menahapkan
penggunaan minyak sawit menjelang 2021 dan mengehadkan
produk biodiesel berasaskan tanaman dalam penggunaan negara
anggotanya pada 2017 dan pada 7% daripada semua bahan api pengangkutan sehingga
2030, di bawah pelaksanaan Renewable Energy Directive (Arahan
Tenaga Boleh Diperbaharui), undang-undang EU yang menyelia semua peraturan
mengenai tenaga boleh diperbaharui, termasuk bahan api minyak sawit.
Saya setuju kita perlu menyokong petani dan pekebun kecil kita.
Namun, meninjau kembali selama ini, adakah model ekonomi kapitalis yang dominan
sesungguhnya mendukung peranan wanita, lelaki dan belia di kalangan masyarakat
pribumi dan golongan miskin lain di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dalam
pertanian sara hidup dan kebun kecil mereka?
Lakukan carian pantas laporan tahunan syarikat-syarikat tertentu
yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Hai! Bukti yang mencukupi mendedahkan bahawa syarikat besar-besaran dimiliki
kerajaan negeri, swasta dan tokoh terkenal yang lazimnya menguasai industri
kelapa sawit di Malaysia Barat dan Timur. Apa jua retoriknya, bukankah jelas
bahawa mereka bimbang akan kehilangan berbilion ringgit pendapatan minyak
sawit?
Kerajaan Malaysia meyakini bahawa sektor kelapa sawit
menyediakan jalan keluar daripada kemiskinan untuk lebih 650,000 pekebun kecil.
Tetapi adakah majoriti pekebun kecil dalam industri kelapa sawit berpendapatan
lumayan?
Walaupun Malaysia (dan Indonesia) boleh berbangga menjadi dua
pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia, keadaan kehidupan dan pendapatan
ramai pekerja ladang, terutamanya wanita dan keluarga golongan miskin terendah
tetap mendesak dan menyedihkan. Ini jauh berbeza dengan pemilik ladang berskala
besar yang berkuasa berganding bahu dengan ahli-ahli politik yang tamak dan
melindungi kepentingan mereka sendiri dalam gerombolan kekayaan.
Kerajaan negeri memasuki dan mengambil alih tanah masyarakat
Orang Asal dan golongan miskin lain lalu memberikan kepada syarikat milikan
kerajaan negeri dan swasta bagi projek penanaman kelapa sawit komersial
berskala besar masih krusial di mana-mana. Kes baru-baru ini di Kampung Lubuk
Perah di Bera, Pahang, misalnya (“Syarikat mahu usahakan tanah lepas
menang saman ke atas Orang Asli”).
Di manakah
keadilan untuk mangsa gangguan dan deraan seksual?
Adalah malang dan ironik bahawa kerajaan Malaysia tidak
menunjukkan kegigihan yang sama dalam isu mendesak yang didedahkan oleh sebuah
media antarabangsa: dakwaan rogol pekerja wanita yang
dilaporkan berlaku dalam ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia.
Selain daripada seruan seorang pegawai tertinggi dalam Majlis
Minyak Sawit Malaysia bahawa pelaku jenayah ini harus ditangkap dan dihukum di
bawah undang-undang jenayah kerana ia merupakan kesalahan jenayah apabila
berita itu terbongkar, setakat ini, semacam tiada susulan dilakukan untuk
menyiasat dakwaan tersebut.
Nampaknya, kerajaan persekutuan dan negeri Malaysia dan pihak
berkuasa penguatkuasaan terus bertelinga pekak kepada tanggisan untuk
mendapatkan bantuan daripada mereka yang berada di penempatan terpencil
dan terpinggir, terutamanya mangsa yang telah mengalami keganasan
yang berterusan.
Namun, seorang menteri berani menuduh EU pada
tahun 2017: “Dalam urutan perbuatan yang serupa dengan bentuk
diskriminasi aparteid tanaman, Parlimen EU telah mengambil langkah-langkah
untuk meningkatkan sekatan perdagangan, yang membawa kepada pelanggaran
muktamad komitmen EU dengan prinsip amalan WTO”.
READ MORE: Fikirkan perihal
pengganti eksport minyak sawit
Dalam urat yang sama, bukankah kes rogol paksa dan serangan
seksual lain yang berlaku di ladang-ladang Malaysia (serta dalam rumahtangga
dan di lokasi lain), bertentangan dengan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw), yang Malaysia ratifikasi pada tahun 1995,
dan instrumen hak asasi manusia yang lain?
Carol Yong ialah seorang
aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah