BERGAYUT DI DAHAN YANG RAPUH, HATI YANG SAKIT MASIH BELUM SEMBUH.

 

May be an image of 5 people, people sitting and text that says "" "Pada Pada 13 Mac 2019 bertempat di Pejabat JAWI, Wilayah Persekutuan, saya bertemu dengan Dr Zakir Naik. Saya menjelaskan sikap kerajaan tentang kenyataan kontroversinya dan berkesempatan menjelaskan dasar RLA kepadanya. Pertemuan berjalan dengan penuh kemesraan dan kami menikmati makan tengahari bersama sambil bertukar pandangan tentang dakwah dan keberkesanannya dalam masyarakat berbagai agama dan kaum di Malaysia. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Naib Presiden AMANAH Ahli Parlimen Parit Buntar"






Setelah tertekan diasak kerana membuat kenyataan tak berasas terhadap mantan menteri agama, kini sang mufti buat helah bela diri lagi.

Tulis beliau, "saya menghantar mesej peribadi kepada beliau (YB Dr. Mujahid) mencadangkan beliau bertemu DZN sendiri. Jawapan beliau kepada saya semasa itu beliau enggan. Alasan beliau: “Mereka ini dah macam menyembah Zakir Naik”. Beliau merujuk kepada para pembela DZN. Saya tidak simpan mesej itu lagi. Allah menjadi saksi apa yang saya sebut."

Aduhai tok mufti, anta ni dah lupa hadis ka walaupun mengaji hadis sampai PhD?

Mai sini ana nak ingatkan anta pasal hadis ni:

عن ابن عَبَّاسٍ رضي اللُه عنهما أن رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قال: "لو يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى رِجَالٌ أموالَ قَوْمٍ ودِماءَهُمْ، لَكِنِ البَيِّنَةُ على المُدَّعِي والْيَمينُ على من أَنْكَرَ"؛ حديث حسَنٌ رَوَاهُ الْبَيْهقي وغيرُهُ هكذا، وبَعْضُهُ في الصحِيحَين.

درجة الحديث: الحديث ثابت، قال ابن رجب رحمه الله: أصل هذا الحديث خرَّجاه في الصحيحين.

Daripada Ibn 'Abbas radhiayaLlahu 'anhuma bahawa Rasulullah sollaLlahu 'alayhi wa sallama bersabda (maksudnya): "Sekiranya diberi penghakiman kepada manusia berdasarkan dakwaan mereka semata-mata, nescaya akan ada lelaki-lelaki yang akan mendakwa hak ke atas harta dan darah orang lain. Tetapi (kaedahnya) ialah beban pembuktian dipikul pihak yang mendakwa dan sumpah atas pihak yang menafikan tuduhan."

Menurut Ibn Rajab, hadis itu sahih dan asalnya dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Tok mufti, menurut kaedah yang diguna pakai dalam Islam dan di seluruh dunia, bila anda membuat dakwaan, anda wajib membawa saksi atau bukti. Anda tak berhak menyebut "Allah menjadi saksi apa yang saya sebut."

Kalau begitu saja kaedah membuat dakwaan, maka sesiapa sahaja boleh berkata "Allah menjadi saksi dakwaan saya bahawa saya benar." Peninglah hakim di mahkamah kalau terpakai cara macam itu.

Anda kena akui anda terkhilaf dan terlanjur kata. Belajarlah menjadi orang yang merendah diri dan mengakui kesilapan. Tak hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar. Jika anda menyebut "mantan menteri agama tak mahu jumpa Zakir Naik sehinggalah bulan Mac 2019" maka orang tak akan mempertikai anda. Tetapi anda dengan penuh gaya yakin mengatakan mantan menteri agama "tak mau jumpa Zakir Naik.., Nisha Ayub boleh pulak jumpa".

Kalau betul dia tak mau jumpa Zakir Naik, sudah tentu dia tak akan berjumpa dan tak akan ada gambar dia berjumpa dengan penuh mesra.

Anda buat cerita bersaksikan Allah yang tak akan muncul menjelma membenarkan dakwaan anda, dalam keadaan anda sedar tak semestinya permintaan untuk berjumpa terus dipersetujui ketika itu. Anda pun sama, ada waktunya anda tak mau jumpa seseorang yang nak berjumpa kerana masa tak sesuai.

Masalah anda ialah tidak jujur dalam bercakap. Ingat, anda tu mufti. Sebaik-baik manusia ialah orang yang jujur walaupun terhadap musuh atau orang yang tidak disukai.

Selesai pasal itu. Anda kena akui anda terkhilaf dan tersasul.

Sekarang ramai orang tertanya-tanya.. yang anda duk heboh dan kepoh pasal Zakir Naik sejak zaman PH sampai sekarang ni, ada apa-apa perubahan pada status diri Zakir Naik itu?

Kalau dulu anda tak puas hati Zakir Naik tak dibenarkan berceramah secara terbuka oleh polis, anda marahkan PH secara umum dan bantai mantan menteri agama dan pegawainya secara khusus, kini Zakir Naik dah boleh ceramah terbukakah? Polis dah benarkan dia ceramahkah?

Tidak juga. Awat tak marah juga kepada kerajaan sekarang ni? Anda pun tak sedarkah menteri dalam negeri dulu yang bertanggungjawab ke atas polis itu ialah PM sekarang? Sampai sekarang Zakir Naik tak boleh ceramah. Awat tak balun PM sekarang, menteri dalam negeri sekarang dengan tentera Sunnah anda tu? Ataupun kalau anda balun sekali menteri agama sekarang baru padan, sebab dulu mantan menteri tak ada kaitan dengan sekatan Zakir Naik ceramah tapi anda balun dia.

Jadilah seorang yang adil dan saksama dalam berkata-kata atau bertindak. "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tak berlaku adil. Buatlah keadilan, sesungguhnya ia dekat kepada takwa." (Surah al-Maaidah: 8)

Anda ni ada apa-apa masalah jiwa tak sembuh pada mantan menteri agama itukah? Sudah-sudahlah bergayut di dahan rapuh tok mufti. Bawak bertenang dan renungi diri muhasabah.