ALLAH BAYAR CASH!

 

May be an image of 5 people, people sitting and people standing


ARIFF KADIR AL-KATAMI


ALLAH BAYAR CASH!

Ingat lagi ketika isu TSKI, Anwar Ibrahim pernah ke Marang untuk memaklumkan hasrat menukar MB Selangor kepada Hadi Awang. Jika diikutkan, boleh saja Anwar Ibrahim menukar MB Selangor tanpa memaklumkan kepada Hadi kerana jika PAS keluar PR sekalipun, majoriti kerajaan Selangor masih kekal utuh. Namun segalanya dilakukan dengan penuh hormat atas dasar Islam & persahabatan.

Apa Hadi Awang buat? Diberitakan Anwar Ibrahim & rombongannya telah diherdik & dihina dengan begitu teruk. Ditengking tanpa rasa simpati. Sekalipun perasaan hormat terhadap Anwar telah hilang, takkanlah ajaran Islam yg menyuruh kita menghormati tetamu juga harus hilang. Di mana imanmu? Di mana Islammu? Di mana sifat lembut (kononnya) seorang ulamakmu?

Hari ini, Allah telah membalasnya dengan lebih dahsyat & hina apabila Hadi bukan sahaja disanggah secara berdepan di PAU, malah diperlihatkan betapa hinanya susuk tubuh Hadi di mata UMNO. Tidak pernah Hadi diperlakukan sedemikian ketika bersama PKR & DAP. Allah Maha Adil, Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan. Wallahua'lam.

Dr Ariff Kadir Al-Katami

Penganalisis Politik Islam Professional