Pas rindukan MB setaraf Nik Aziz, Nizar Jamaluddin
Kontroversi yang melanda pentadbiran Pas Kedah di bawah Menteri Besar (MB) Muhammad Sanusi Md Nor menyebabkan ahli-ahli Pas merindui kehilangan tokoh besar parti itu, bekas Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat yang menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun.
Bagi mereka jika tidak ada tokoh sehebat Nik Aziz maka tokoh setaraf Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang pernah menjadi MB Perak dan kini menyertai Amanah pun tidak mengapa.
Asalkan tidak terikat dengan MB Sanusi yang tidak faham budaya masyarakat Malaysia berbilang kaum dan tidak bertoleransi.
“Tempoh Nik Aziz menjawat MB di Kelantan walaupun lebih lama daripada Mahathir sebagai PM sangatlah disayangi rakyat seluruh negara dan mungkin dunia.
“Gaya watak keperibadiannya tiada tolok banding. Allah swt kurniakan ummah susuk tubuh insan yang sangat disegani hingga akhir hayatnya. Pada masa ini belum ada seorang MB daripada Pas mampu menandingi Nik Aziz.
“MB Perak Mohamad Nizar Jamaludin pula hebat dalam toleransi ketika DAP waktu itu pemenang majòriti di Perak pada tahun 2008. Mesķipun singkat namun dia terserlah seorang jurutera yang mampu menguasai ilmu agama dan sangat merendah diri serta berjaya menambat hati rakyat Perak,” kata seorang ahli akar umbi Pas yang enggan dikenali.
Menurut beliau, Sanusi sebaliknya akan menjadi liabiliti bagi parti yang memaparkan imej kesyumulan Islam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 nanti, khususnya bagi mendapatkan undi kaum Cina dan India.
“Mohamad Sanusi sangat memeningkan Pas dan khalayak kecuali mereka yang tidak sanggup komen pemimpin Pas Kedah ini, yang penuh dengan ‘ilmu tersirat dan ilmu hakikat’
“MB Pas Terengganu (1999-2004) kini sedang disamakan dengan corak MB Kedah sekarang kerana kenyataan ‘sensasi dan kontroversi’ mereka rakyat biasa sukar faham, kecuali alim ulama Pas yang sentiasa menyòkong mereka,” katanya lagi.
Beliau menasihatkan pimpinan Pas untuk tidak mencalonkan Sanusi sekiranya Pas serius untuk terus berkuasa di Kedah selepas PRU 15.