BOB KELANANG
SEJAK HADI BEWOK JADI DUTA KHAS PM, EMPAT NEGARA ARAB IKTIRAF
ISRAEL
Empat negara Arab mengiktiraf Israel hanya dalam tempoh lapan
bulan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas
Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri.
Empat negara itu ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 13 Ogos
2020 diikuti Bahrain (15 September), Sudan (23 Oktober) dan Morocco pada 10
Disember tahun lalu.
“Duta Khas PM tak berperanan? Senyap sepi… gaji jalan,” tulis
aktivis politik yang juga bekas Setiausaha Eksekutif Pas, Malek Hussin di
Twitter hari ini.
Untuk rekod, Pejabat Perdana Menteri pada 2 April 2020
mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Abdul Hadi yang juga
Ahli Parlimen Marang ke jawatan itu.
Abdul Hadi yang juga bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin
Sedunia pernah bergelar Menteri Besar Terengganu sepenggal antara 1999 hingga
2004 dan masih memegang rekod berprestij itu…
Bahrain sebelum ini menyatakan perjanjian memulihkan hubungan
diplomatik dengan Israel akan melindungi kepentingan negara itu.
Dalam masa sama, Bahrain menganggap deklarasi itu tidak
bertentangan dengan kedudukannya mengenai inisiatif perdamaian Arab dan
keputusan legitimasi antarabangsa.
Sebelum ini, Mesir menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel
pada 1979 manakala Jordan mengambil langkah itu pada 1994.
Perjanjian itu bagaimanapun mendapat kecaman besar-besaran
daripada rakyat Palestin yang menyifatkannya sebagai tidak membantu menangani
isu Palestin dan mengabaikan hak mereka.
Menurut pihak berkuasa Palestin, sebarang perjanjian dengan
Israel mesti berdasarkan prinsip Inisiatif Damai Arab 2002, iaitu ‘tanah untuk
perdamaian’ dan bukan ‘berdamai untuk perdamaian’ seperti yang dituntut oleh
Israel.