Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas:
Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah
kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama
memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.
Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan
dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri
Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran
negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan
yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan
Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.
Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO
dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah
diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa
untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan
hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu
dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti
Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap
sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan
terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.
Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan
Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe
deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.
Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang
terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah
Negara?
Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi
kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.
Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?
Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga
kerana pemimpin UMNO.
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang
berkuasa disana?
Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .
Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam
dibawah DAP kini berlipat kali ganda.
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli
Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong
berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan
iaitu Bahasa Melayu.
MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini
bukan perjuangan DAP.
Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik dinegara ini dan faham
matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima
Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah
pertubuhan berdaftar.
Kenapa DAP musuh kita?
Jelasnya inilah manipulasi UMNO.
Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.
Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu
semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.
Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu
tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja,
hilangnya Islam di negara tercinta.
Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman
dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang
sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum
Cina terhadap ketuanan Melayu .
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada
perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad
mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.
Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO
berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan
Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara
ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan
membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam
kerajaan Perikatan.
Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan,
ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang
ambing selrpas tahun 1969.
Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk
kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem
pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita
ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English
Collage High School Muar,
Kluang.
Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO
bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan
kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu
berseronok honeymoon selepas merdeka.
YB2 Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi
kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya
dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk,
suka berjudi dan berfoya-foya.
Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status
pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat
disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat.
Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar
Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.
Pada masa yang sama kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan
pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang
merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan
duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan
Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana
Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah
banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan
Islam sebagai agamanya.
Apakah semua ini angkara DAP ?
Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan
Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan
usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan
Islam dan raja raja.
Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan
pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama
berdama PERIKATAN.
Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.
Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh
pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas
kuasa Melayu.
Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif
pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama
oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela
nasib Melayu.
Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif
yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina
dinegara ini. Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik
UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang
kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa
diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman
yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.
Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke
arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran
Melayu yang membenci Cina.
Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program
bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang
lain
Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit
hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya
diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud
sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang
merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh
bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.
Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian
Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh
Cina India dan Melayu.
Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi
muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.
Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat
sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang
dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.
Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13
parti politik bukan Melayu.
Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP
adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat
berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.
Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah
ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.
Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh
Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.
Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan
kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan
negara mereka ke tangan Komunis China.
What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.
Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai
lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan
belantara hidup rakyat terseksa.
Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan
istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih
istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.
Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan
perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar
China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.
Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk
projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh
rakyat.
Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang
dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.
Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO
BN.
Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan
dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu,
kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?
Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?
Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB
SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA pengkhianatan
terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal
rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat
Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?
Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan
kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan
Negara.