KAK IDA ABDULLAH
Pendedahan TT tidak mengejutkan saya samasekali. Kerana kita
berakal akan berfikir, dia letak jawatan, Agung terima, dan sepatutnya Agung
lantik orang lain, tapi Baginda mengikut nasihat MM dan letak dia sebagai PM
interim. Ada hikmah. Sekarang busuknya semakin menerobos keluar.
Apa yang berlaku adalah untuk kebaikan PH sebenarnya untuk
menyerlah sebagai berlian berharga setelah melalui pelbagai proses. Yang sabar
sahaja akan bersama. Yang gopoh al gelojoh seperti sesetengah pemimpin AMANAH
yang memuja MM jika masih buta hati biarlah mereka tidak bersama PH. Tak rugi
pun....
Moving forward, YDPA wajar belajar dari kesilapan menurut
nasihat PM yg punya agenda peribadi jahat dan kerana itu negara musnah dan
dijauhi pelabur. Sekarang YDPA dan MRR gunalah kuasa sepenuhnya dan titah
parlimen bersidang untuk menentukan keabsahan majoriti Yidin.
MRR perlu buat satu keputusan yang akan membantu rakyat terbanyak
BUKAN sekumpulan pembuli rakyat iaitu dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM
Malaysia. Jika Anwar juga menzalimi rakyat, beliau akan dihumban rakya, malah
lebih teruk kerana hanya beliau sahaja ahli politik yang ingin reform sistem
pentadbiran yang sarat rasuah kepada yang melindungi rakyat terbawah.
Raja-raja Melayu akan dikenang jasa mereka jika memilih membantu
rakyat. Pastinya mereka akan didoa rakyat jika menjadi pemerintah yang adil.