SIMPAN ASET SAKIT BUKAN TANDA SELAMATKAN ISLAM



“Jelasnya politik, sebab UPEN pada 24 November membuat keputusan cara profesional. Bila Ahli Parlimen UMNO tekan dan Ketua Pemuda UMNO asak, keputusan dalam 14 hari ditarik balik. Memang politik…” kata Mujahid kepada JOM Channel. Sebelum ini Mujahid menegaskan pendekatan pasukan baharu Tabung Haji ialah dengan memindahkan aset sakit Tabung Haji bernilai RM10 bilion kepada Urusharta Jemaah Sendirian Berhad (UJSB) yang akan menerbitkan sukuk khas untuk langganan Tabung Haji.