Gabungan Bertindak Memorandum
Rakyat Malaysia (GBMRM) dengan sokongan 26 badan bukan kerajaan (NGO) telah
menyerahkan satu memorandum yang memohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya
menyelesaikan kemelut politik negara dengan segera.
Koordinator Gabungan Bertindak
Memorandum Rakyat Malaysia, Mustapha Mansor berkata memorandum itu telah
dikemukakan dan diterima oleh Pegawai Perhubungan Akhbar, Mohd Husni Yusop di
Istana Negara pagi tadi.
Beliau berkata, memorandum itu
dikemukakan bagi menzahirkan rasa kurang puas hati rakyat terhadap perkembangan
politik negara ketika ini.
"Kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Istana Negara kerana sudi menerima pandangan dan hasrat
rakyat. Kita sedia maklum kemelut politik berlaku sejak Februari 2020 sangat
mendukacita rakyat.
"Berkembangnya politik
tidak terarah memberi kesan kepada sudut ekonomi, politik dan sebagainya.
"Lebih merisaukan apabila
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlaku dengan tidak ketentuan prosedur operasi
standard (SOP) sehingga menyebabkan peningkatan kadar kes COVID-19 dengan
begitu sukar ramal, sekarang kes sudah 1,000 lebih, ini sangat membimbangkan.
"Oleh yang demikian, kami
menyampaikan pandangan rakyat dikumpulkan dari pelbagai sudut dan dari pelbagai
NGO," katanya kepada media selepas menghantar memorandum tersebut.
Mustapha juga menyeru rakyat
supaya bersatu-padu bagi mempertahankan kedaulatan negara.
"Kita sama-sama rakyat
Malaysia, negara ini sama-sama milik kita semua, kita pastikan tidak ada
sesiapa pun yang melebihi perlembagaan, kalau ada yang melanggar perlembagaan,
mereka akan berdepan dengan kebangkitan rakyat," katanya.
Memorandum Rakyat Malaysia
untuk Raja-Raja Melayu yang dikemukakan kepada Agong
1. Mohon Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Yang di-Pertuan Agong berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dalam isu
melantik Perdana Menteri iaitu menerima calon yang memiliki majoriti di Dewan
Rakyat.
Peruntukan menyebut jawatan
Perdana Menteri mesti kosong sebelum dilantik Perdana Menteri baharu telah
terjawab dalam kes pelantikan Dr Zabry Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada
2009 lalu.
Mahkamah Persekutuan memutuskan
dua perkara; i) Majoriti boleh diterima secara
Akuan Berkanun (SD) ii) MB
baharu boleh dilantik ketika MB semasa waktu itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin
tidak meletakkan jawatan.
2. Memohon agar DYMM Tuanku
Agong mengunakan kuasa berdasarkan peruntukan di bawah perkara 40(2)(b) iaitu tidak
memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.
Berikutan krisis politik
terkini beberapa pihak mendesak perlu dibubarkan Parlimen. Walaupun DYMM Agong
berkuasa membubarkan Parlimen namun rakyat jelata memohon agar pilihan itu
tidak digunakan kerana pandemik Covid 19 yang merebak
apabila DUN Sabah dibubarkan
dua bulan lalu.
3. Memohon agar DYMM Tuanku
Agong dapat menasihatkan Perdana Menteri untuk meletak jawatan berdasarkan
perkara 40(4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan
majoriti ahli Dewan Rakyat, atau menasihati Perdana Menteri membenarkan usul
tidak percaya dibentangkan oleh tuan Speaker Dewan Rakyat dan satu proses
pemilihan semula Perdana
Menteri dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.
4. Memohon DYMM Agong tidak
menyetujui pendapat beberapa ahli akademik yang mahu satu bentuk kerajaan
interim dengan Perdana Menteri interim dilantik. Perkara ini tidak terdapat di
dalam Perlembagaan dan tidak perlu dipersetujui ketika Perdana Menteri semasa
Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan.
5. Pada sesi sidang Parlimen
yang lepas, rakyat diperlihatkan dengan satu perilaku yang tidak sepatutnya
dipamerkan oleh Speaker Parlimen yang bijaksana apabila tidak membenarkan usul
Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.
Malah, Speaker Dato' Azhar
Harun turut dilapor telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat keperluan
untuk pihak yang berhasrat membawa usul ke dalam Dewan
Rakyat yang mulia perlu
berbincang dengan Menteri Undang-undang YB Haji Datuk Takiyuddin Hassan. Ini
jelas telah merendahkan kedudukan setara cabang kuasa legislatif yang pada
hakikatnya tidak perlu tunduk kepada cabang eksekutif dalam membuat keputusan
secara bebas dan berintegriti.
Maka rakyat dengan ini memohon
supaya DYMM Tuanku Agong dapat mencemar duli dan mengarahkan Speaker Dewan
Rakyat untuk meluluskan permohonan oleh beberapa ahli Dewan Rakyat bagi
membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sesi
Parlimen November 2020 akan
datang.
Rakyat dengan ini merafak
sembah memohon DYMM Tuanku Agong agar dapat mencemar duli dengan menggunakan
kuasa dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan Dewan Rakyat
membenarkan usul tidak percaya bagi membuktikan Perdana Menteri Muhyiddin
mempunyai cukup majoriti atau tidak untuk mentadbir negara.
Sebagai seorang pemimpin utama
beliau tidak perlu takut kepada kehendak rakyat. Kerana keberadaan beliau di
jawatan tersebut bukan atas dasar undi majoriti pengundi tetapi melalui laluan
pintu belakang.
HARAPAN RAKYAT
Kemelut politik semasa perlu
diberi tanda noktah dengan usul tidak percaya dibenarkan untuk dibentangkan
pada sesi November nanti. Berjaya atau tidak usul tersebut terhadap Perdana
Menteri sebagai Perdana Menteri yang mempunyai majoriti bukanlah satu kayu ukur
utama tetapi kesungguhan kepimpinan utama negara meletakkan undang-undang di
atas garisan landasan sebenar adalah kemenangan sebenar.
Kerana ia telah berjaya menolak
tanggapan negatif rakyat kebanyakkan bahawa kepimpinan utama negara cuba
bermain dengan pihak istana bagi mengekalkan kuasa mereka.
Senarai 25 NGO yang menyokong
Memorandum Rakyat Malaysia
1. Masssa
2. MEMO
3. Otai Reformis 1998.
4. GMPN (veteran tentera)
5. Wadah
6. Suara prihatin Rakyat
Malaysia
7. Pertubuhan Pelancungan
Muslim Perak
8.Jaringan Maufakat Ngos Islam
Perak
9. Pertubuhan Jalinan Amal
Rakyat Taiping
10. Pertubuhan Komuniti
Sejahtera Aman Perak
11.Persatuan Integrasi
Kebajikan Kinta Perak
12. Pertubuhan Harapan
Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak
13. Pertubuhan Jalinan Mesra
Rakyat Larut
14. RAPAT
15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT
SIPITANG
16. Sekretariat Muafakat
17. Pertubuhan Suara Rakyat
Sipitang
18 Persatuan Menyumpit Murut
Dayak Sabah
19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH
20. Persatuan Penduduk Kg.
Buang Sayang
21. Pertubuhan Peneraju dan
Pemerkasaan Wanita Sabah
21. Pertubuhan Sinar Wanita
Sabah (PERSIWAS)
22. Pertubuhan Sinar Qaseh
Labuan
23. Persatuan Anak Sabah di
Perantauan
24. Persatuan Penduduk Asli
Sabah (Pepas)
25. PERSATUAN KEBAJIKAN &
KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA
26.Persatuan Insan Prihatin
Sabah