FAEZUDIN PUAD
1. Sejak semalam kelihatan penyokong kerajaan mula menyebarkan senarai negara yang melaksanakan perintah darurat. Antara negara yang disenaraikan seperti Perancis, Jepun, Sepanyol dan Thailand.
2. Saya faham tujuan mereka untuk yakinkan
rakyat. Tetapi apakah mereka terangkan jenis darurat yang dilaksanakan oleh
negara-negara tersebut? Tidak.
3. Saya berikan sedikit penerangan. Menurut
laporan, Jepun isytihar darurat pada 16 April 2020 dengan memberi kuasa kepada
Gabenor untuk melaksanakan perintah berkurung atau kuarantin selama
sebulan.
4. Begitu juga dengan Perancis, melaksanakan
perintah berkurung selaras dengan pengisytiharan darurat. Perintah ini berkuat
kuasa mulai 17 Oktober 2020 dari 9 malam hingga 6 pagi di wilayah Ile-de-France
dan lapan bandar lain.
5. Darurat di dua negara Jepun dan Perancis
lebih kurang sama seperti langkah kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal Mac tahun ini bertujuan menghadkan
pergerakan rakyat. Cuma Malaysia tidak isytihar darurat.
6. Memadai la contoh dua negara. Setakat ini
saya tak nampak lagi mana-mana laporan mendakwa darurat di dua negara ini
menggantung parlimen daripada berfungsi seperti biasa atau bertujuan mengekang
pergerakan ahli parlimen.
7. Sekiranya ada, boleh tunjuk.
Sekian, Wallahualam.