Undi KEADILAN, Warisan Plus demi masa depan Sabah - Anwar

 

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyampaikan amanat buat kali terakhir kepada rakyat Sabah supaya mengundi KEADILAN dan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.

 Presiden KEADILAN itu berkata, undi rakyat adalah penting kerana ia akan menentukan hala tuju dan masa depan Sabah.

 

"Di ruangan ini saya ingin menggesa rakyat Sabah supaya mengundi demi masa depan.

 

"Ini bermaksud kita tidak mahu pengulangan semula kebijakan lalu yang gagal.

 "Kita mahu Sabah dilihat setara dan tidak lagi disisihkan dari pembangunan, dan rakyat Sabah tidak digula-gulakan oleh politik wang dan sogok," katanya.

 Anwar juga menasihati semua pengundi supaya memilih calon yang diyakini akan memperjuangkan isu rakyat Sabah.

 

"Saya gesa untuk pilih calon yang berintegriti yang mampu menjuarai isu dan hak rakyat Sabah. Aspek ini sangat penting dalam memastikan ekonomi yang kukuh untuk negeri dan yang membela semua.

 

"Pastikan datang awal dan disiplin mengikuti SOP yang ditetapkan KKM dan SPR.

 "Undilah KEADILAN dan Warisan Plus demi masa depan yang bermaruah dan saksama," katanya.