Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil
menyampaikan amanat buat kali terakhir kepada rakyat Sabah supaya mengundi
KEADILAN dan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.
"Di ruangan ini saya ingin
menggesa rakyat Sabah supaya mengundi demi masa depan.
"Ini bermaksud kita tidak
mahu pengulangan semula kebijakan lalu yang gagal.
"Saya gesa untuk pilih
calon yang berintegriti yang mampu menjuarai isu dan hak rakyat Sabah. Aspek
ini sangat penting dalam memastikan ekonomi yang kukuh untuk negeri dan yang
membela semua.
"Pastikan datang awal dan
disiplin mengikuti SOP yang ditetapkan KKM dan SPR.