MSO
Pirane ke 16 Sabah paling meriah dan mencabar
ULASAN AWAL
Dua gabungan utama mulanya dilihat akan bertarung bermati-matian, Warisan - Plus dengan BN - PN, secara satu lawan satu tetapi seperti ada sedikit gangguan apabila kedua gabungan itu tidak begitu bersepadu gagal menggapai kata sepakat.
Warisan parti yang memerintah masa kini akan bergabung dan berpadu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), UPKO, DAP dan Amanah, telah mengumumkan calon-calon mereka semalam, kecuali PKR. Presiden Warisan Shafie Apdal telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding menggunakan lambang partinya, kapal di majlis peluncuran Misi dan Misi Warisan Plus.
Dalam majlis itu Shafei mengumumkan yang Warisan - Plus akan bertanding di 46 kerusi, manakala parti-parti lain, UPKO 12, DAP 7 dan Amanah wahid. Manakala PKR yang menjadi sekutunya diperuntukan tujuh (7) kerusi. PKR dan UPKO akan bertanding menggunakan lambang masing-masing.
Ada sedikit kecacatan dipihak Warisan - Plus, apabila PKR tidak ikut serta mengumumkan nama-nama calon mereka. Ia agak membimbangkan apabila semasa Shafei mengumumkan calon pengerusi PKR Sabah Christina Liwe dan beberapa pemimpin PKR keluar meninggalkan dewan.
Tindakan itu berlaku kerana PKR tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi kepadanyanya 7 sahaja daripada 14 yang diharapkan.
Agihan tujuh kerusi itu benar-benar mengecewakan PKR kerana dalam Piraum ke-14 lalu mereka diperuntukan sebanyak lapan (8) kerusi, berkurangan satu. Ada munasabahnya mereka menuntut tambahan kerusi memandangkan jumlah DUN Sabah bertambah 13 kerusi lagi.
Apabila Shafie begitu obsesi untuk capai kemenangan sampai melupai prinsip keadilan menyebabkan timbul juga rasa tidak puas hati kepada KM Sabah itu sehingga ada yang mengatakan beliau angkuh.
Bung Mokhtar dan pemimpin BN selepas umum calon. |
Kecacatan ini mulanya dilihat keretakan bakal berlaku keretakan dalam gabungan Warisan - Plus.
Bagaimana pun ia tidak menjadi apa-apa masalah kepada DAP dan Amanah. DAP akur dan senang menerima tujuh kerusi manakala Amanah pula sudah rasa bertuah dan bersujud syukur kerana diberi satu kerusi, Tanjung Keramat.
Nasib baik, kecacatan gara-gara rasa tidak puas hati PKR itu tidak berpanjangan. Akhirnya dengan kebijaksanaan politik para pemimpin tertingginya khasnya Christina Liwe dan Anwar Ibrahim sebagai presiden, PKR rela dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Warisan dan rakan-rakan lain bagi menghadapi tentangan BN, PN dan lain-lain demi rakyat Sabah.
Yang jelasnya kecacatan dalam gabungan BN - PN lebih realistik apabila sudah ada tanda-tanda berlaku pertembungan sesama sendiri. Terdapat 11 kerusi awal dikesani akan berlaku pertembungan sesama sendiri, antara BN dengan PBS dan PBS dan PBRS.
Pirane ke 16 yang hari mengundinya jatuh pada 26 September 2020 adalah sangat menarik dan berwarna warni kerana sekurang-kurang akan berkibar enam bendera parti utama di sepanjang pilihan raya itu. Bendera atau simbol itu adalah, Warisan, PKR, BN, PN UPKO, PBS dan Bebas. Tentu juga calon-calon atau lambang Bebas akan lebih banyak daripada lambang parti berdaftar.
Sekiranya benar ura-ura PCS pimpinan Anifa Aman akan meletakkan calon di semua 73 kerusi ia akan menambahkan lagi kemerian Pirane tersebut.
Sehingga saat catatan ini dibuat, pembahagian kerusi walaupun sudah diumum ia masih belum muktamad seratus peratus. Angka-angka yang dimiliki oleh parti-parti bertanding itu mungkin akan berubah, sama ada bertambah atau berkurangan. Pertukaran dan perubahan boleh berlaku hingga ke jelang Subuh esok. Pernah berlaku perubahan nama calon juga boleh berubah di pusat penamaan calon.
Dipercayai juga menjelang hari penamaan calon esok akan berlaku beberapa kejutan yang tidak terfikir oleh semua dimana mungkin ada kejutan yang boleh merubah keadaan dan momentum yang ada pada waktu ini.
Pertandingan dan permainan sebenarnya akan dapat disaksikan selepas semua calon-calon yang bertanding disahkan sebagai calon dalam pilihan raya selepas tamat tempoh penamaan calon esok. Ulasan selanjutnya selepas ini.
Membaca catatan ini tentu tidak lengkap kalau tidak disentuh nasib parti agama Pas. Biarlah buat sementara saya tidak menyebut dan mengulas parti berkenaan. Kita lupakan sahaja sebab kewujudannya dalam Pirake itu tidak mustahak. [wm.kl.10:53 am 11/09/2020]
Glossori:
beragung (kn) = bertarung, berlawan, berlumba.