Pas kena game di Sabah?
Asalnya Umno tidak pernah menyukai PAS.
PAS diperlukan bilamana UMNO hampir karam dibadai gelombang ombak PH yang menjadi fenomena semasa PRU-14.
Langkah beberapa pemimpin Umno menyertai Bersatu selepas BN kalah sebagai sebuah kerajaan memerintah amat amat mengerunkan PAS. Pas cukup takut sekiranya separuh daripada pemimpin Umno akan menyertai Bersatu.
PAS merasakan jika Bersatu/ PH semakin kuat diiterima oleh majoriti rakyat Malaysia yang telahpun terbukti menolak parti PAS yang cuma menang 18 kerusi Parlimen sahaja daripada 159 kerusi parlimen yang ditandingi PAS. Jelas rakyat telah menolak PAS dan Umno kerana cukup ketara memainkan isu perkauman sebagai modal pru.
PAS menunggu masa sesuai untuk mencari peluang untuk mendekati Kerajaan. Apatah lagi setelah idea penyatuan ummah Melayu diutarakan oleh Tun M.
Sebelumnya Umno dan PAS telah mengerakkan blok Muafakat Nasional ( MN ) demi gerakan untuk melawan PH.
Sedangkan tujuan asal secara kiasan Tun M adalah ingin menjemput Umno untuk bersama sama dengan Bersatu untuk mengukuhkan pentadbiran kerajaan yang memerintah Putrajaya. Namun perkara tersebut tidak disedari dari awal oleh pimpinan tertinggi Umno.
Ia disambut secara pantas oleh PAS. Dengan membuat perjumpaan rasmi antara Presiden Pas dan PM melalui Menteri Besar Terengganu.
Diawalnya Hadi dan Takiyuddin memberitahu ahli ahli PAS yang nyara terkejut dengan tindakan Hadi tersebut ( Sebelumnya penulis telah menulis tentang Hadi Seorang Opportunist ) bahawa pertemuan beliau dengan Tun M adalah bertujuan untuk berbincang mengenai urusan royalti minyak, sedangkan MB Kelantan tidak bersama semasa pertemuan tersebut. Sebenarnya Hadi telah melihat inilah peluang baginya dan PAS secara amnya sebagai sebahagian daripada kerajaan yang memerintah impian yang lama terpendam akibat ditentang dengan tegas oleh bekas Mursyidul Am PAS, ATGNA.
Setelah perjumpaan itulah Hadi berkata dia tidak akan bersama sama dengan mana mana parti politik yang ingin bersengkokol menikam belakang atau melalui pintu belakang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan tertinggi Tun M yang dipilih oleh mandat rakyat.
Hari berlalu hari, janji PAS dan Hadi untuk menyokong Tun M sekiranya apa apa berlaku ternyata mereka bersifat Munafik dan berbohong semata mata.
Umno yang melihat perkara ini sebenarnya semakin percaya sesungguhnya PAS dibawah pimpinan Hadi boleh dibeli dengan wang ringgit, cukup mudah sepertimana yang didedahkan oleh Nik Abduh sebelumnya.
Sebagai seorang yang oppurtunist Hadi akan cuba kekalkan status quo nya sekurang kurangnya sebagai Menteri Penuh walaupun yang dijanjikan adalah TPM.
Percaturan yang diaturkan itu sebenarnya adalah untuk melalaikan PAS sepertimana yang terjadi semasa PAS bersama Perikatan dahulu.
Sedar atau tidak, pemimpin tertinggi UMNO terutama Umno Kelantan dan Umno Terengganu telah lama memasang impian untuk menawan Kelantan dan Terengganu daripada PAS dimana bumi milik majoriti orang Melayu ini kaya dengan hasil buminya semenjak di zaman kesultanan Melayu Nusantara lagi.
Umno dalam diam akan mengatur langkah untuk menawan 2 negeri ini daripada milikan PAS.
Terkini, lihat sahaja percaturan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Bersatu yang telah secara terangan menjemput semula Tun M untuk menyertai Umno setelah beberapa pemimpin Kleptokrasi Umno dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Seperti kata Tun M dihadapan wartawan, beliau tubuhkan Bersatu semata mata untuk menjatuhkan kerajaan Najib sahaja… selepas itu terserah kepada keadaan yang menentukannya.
Lihat sahaja PRN SABAH dimana PAS.
Akhirnya PAS akan dipermainkan sekali lagi oleh Umno apabila tiba masanya Pru-15 nanti.