Inisiatif Grup Sebaran Informasi KEADILAN (GASAK) diwujudkan oleh Biro Penerangan KEADILAN untuk mengumpul tenaga kempen bagi membantu jentera penerangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.
Menurut
jurucakap majlis pelancaran GASAK, Ammar Akhtar Danish dari Angkatan Muda
KEADILAN (AMK) Setiawangsa, gerakan sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Ketua
Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan digerakkan oleh
ahli AMK itu akan bergerak ke seluruh Sabah terutama di 14 kerusi yang
ditandingi calon KEADILAN.
"Asas
idea GASAK adalah sukarelawan turun padang berkempen dan memberi informasi
kepada pengundi
"Sukarelawan
yang menyertai GASAK boleh membantu kempen di Sabah," katanya.
Menurut
Ammar lagi, sukarelawan juga boleh menyertai inisiatif GASAK dengan scan pada QR code pada video
promosi gerakan itu.
GASAK
telah dilancarkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis
Pelancaran Jentera Penerangan PRN KEADILAN, Sabah pada 6 September lalu.