BLOGGER WAN FAUDZIN CABAR MOKHTAR SENIK DEBAT


MOKHTAR SENIK SUDAH MULA BERSUARA APABILA KESNYA DI DIAMKAN - SAYA CABAR MOKHTAR SENIK BERDEBAT

Saya mulanya mahu menjawab persoalan yang beliau kemukakan di dalam FBnya secara terus di FBnya, malangnya olamak bacul ini penakut.  Dia dah block saya, tapi dia mahu orang jawab soalan dia.  Ini lagi lawak.

Sudah lama dia menyepi dalam status2 politik, mungkin takut diserang dan orang ungkit kembali kesnya dikejar depan stesen Petronas tu.  Dia ingat orang lupa kes tu?  Jangan sampai Alexander Pittsuwan Thomprason buka kembali drama tu bersiri2.

Baiklah, dia mahu tanya mengapa orang2 agama sokong PH termasuk Dap?  Jawapannya mudah, kerana di dalam negara ini hanya ada dua pilihan, iaitu PH dan gabungan caca merba terdiri dari BN, Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.  Jika mahu pilih parti untuk mentadbir negara ini, idua gabungan itu sahaja yang boleh dipilih.  Jika dulu, boleh pilih Pas kerana Pas waktu itu mahu bersendirian.  Tetapi, apabila Pas telah menjual maruahnya kepada Umno dan Bn dan kini menikah pula dengan Perikatan Nasional, maka Pas tergolong di dalam grup kleptokrasi dan grup pengkhianat pintu belakang.  Maka, pilihan ada dua, PH atau gabungan pengkhianat dan kleptokrasi.

Kaedah Islam mengajar wajib memilih kumpulan yang baik rekodnya dan kurang mudharatnya.  Apakah Umno kurang mudharat rekodnya?  Apakah Umno tiada rekod menentang hukum Islam?  Apakah Umno tiada rekod rasuah dan penyelewengan? 

Malas mahu beri usrah panjang lebar kepada Mokhtar Senik ni.  Cukuplah kita beritahu asas sahaja iaitu kita menyokong PH kerana PH itu lebih baik rekodnya, keadilannya dan tidak menjual agama berbanding puak di sebelah yang terkenal satu dunia sebagai kleptokrasi dan puak yang terkenal dengan suka mengkapirkan orang.  Takkan dapat jadi kerajaan secara rompakan dan khianat, dan lebai2 diberi jawatan hasil pengkhianatan itu maka jadi wajib sokong mereka?

Kalau Mokhtar Senik masih tidak faham, bolehlah kita bertemu dan berdialog atau berdebat di dalam maudhuk ini.  Saya bukan ustaz jauh sekali olamak macam Mokhtar Senik, tetapi setakat Mokhtar Senik tu, any time boleh sahaja bersemuka di mana2 saja hatta di pondok beliau dan kita berdebat secara terbuka. 

WFAUZDIN NS