MGF08082020_TUN-M-SOLIDARITI-KASHMIR08-681x454
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap parti baharu yang akan ditubuhkannya sebagai parti pejuang.
“Parti kami ditubuh kerana kesedaran. Rasuah menghancur bangsa.
“Rasuah yang hancur orang Melayu. Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita.
“Pilih parti kami. Pilih Pejuang,” tulis bekas Perdana Menteri itu dalam statusnya bertajuk Parti baharu- Pejuang di Facebook hari ini.
Dalam ayat seakan-akan sajak, Mahathir menceritakan bagaimana partinya dahulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dirampas untuk menyelamatkan musuh.
“Ditubuh untuk hapuskan kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat kleptokrat. Kerana apa? Kerana jawatan dan wang.
“Perjuangan asal dibelakangkan. Perjuangan sekarang berasas kepada “apa aku dapat”.
“Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar. Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu.