HAMDAN TAHA
BERTELAGAH TIDAK BAIK UNTUK UMNO PAS DAN BERSATU
Berlawan hujah dan penjelasan oleh presiden parti dan di sokong
oleh su agung parti dan di tujukan kepada timbalan presiden sesuatu yang tidak
begitu baik buat umno....
Isu Pas dan Umno menjemput Bersatu bersama MN bagi saya bukan
satu isu yang besar untuk saling tuduh menuduh. Jemputan yang di buat oleh dua
presiden itu bagi saya wajar dan tidak ada apa yang menjangalkan. Sekadar
mengajak bersama dalam satu gabungan MN apa masalahnya...
Masalah jika tidak dapat di elakkan pun ialah perebutan kerusi
yang nak di pertandingkan oleh parti masing masing. Di sini lah masalah akan
timbul dan boleh menyebabkan perpecahan. Kerana ketiga tiga parti berebut
tempat yang sama. Kepimpinan pusat mungkin boleh selesai tapi peringkat negeri
belum tentu...apatah lagi di akar umbi....di sini lah peranan kepimpinan masing
masing perlu...
Jika pimpinan Umno di Sabah dan di pusat juga negeri negeri
lainnya di lihat bertelagah ini akan menyebabkan Pas dan Bersatu merasakan
kesukaran utk berbincang. Itu antara satu sebab Pas ambil peluang untuk bersama
Bersatu menubuhkan PN. Penubuhan PN menguntungkan Pas bukan merugikan. Pas
matlamatnya hendak bertanding di 50 kerusi dan target nenang 40 kerusi supaya
dia akan kekal berada dalam kerajaan walaupun siapa rakan kongsi tidak ada
masalah bagi mereka....
Bagi Bersatu pula mereka yang penting semua jumlah kerusi yang
mereka ada sekarang mereka nak bertanding dan ada tambahan lagi 20
kerusi....cukup untuk mereka....siapa pun lepas ni nak jadi kerajaan Bersatu
dan Pas kononnya dah ada 80 kerusi....jadi mereka berdua sudah jagi king....
BERKONGSI
AMAT SUKAR BAGI PARTI MELAYU INI
Berkerjasama
Bergabung Bermufakat ini semua boleh berlaku dengan baik dan mudah juga
tenang.....jika sekadar bekerjasama
Tetapi bila BERKONGSI
ini bukan mudah dan senang untuk berjaya. Kerana perkongsian ini melibatkan
semua perkara....
BERKONGSI pula jika
berdua walaupun sukar tapi masih boleh berjaya. Walaupun perkongsian berdua ini
ramai yang berjaya tetapi ramai juga yang bercerai berai. Sedikit yang berjaya
hidup aman damai dan tenang tapi masih ada yang berjaya. Walaupun dua dua yang
berkongsi itu sangat kuat solat dan zikirnya....tetap goyang.
BERKONGSI bertiga ada
tapi tidak ramai yang berjaya ke arah ini. Jika sudah tiga masa sudah sangat
terbatas dan kemungkinan isteri yang pertama berbaik dengan isteri yang ketiga
sangat cenderong kerana dendam isteri pertama kepada isteri ke dua sangat
dalam.
Beberapa pengalaman yang saya lihat bila sudah
ada tiga potensi penceraian terhadap isteri no dua itu sangat tinggi....kerana
isteri kedua pula dendam dengan isteri ke tiga....kecuali cari lagi satu yang
ke empat....
Itu perkongsian dalam
rumah tangga....perkongsian dalam gabungan politik juga ada kesamaan jika mahu
di lihat dan di bincang
Mic,Mca Gerakan parti
bukan Melayu mereka boleh sahaja bergabung dengan Umno tampa perbalahan besar
tentang perebutan kerusi kerana agihan kerusi itu sudah lengkap mengikut fomula
jumlah pengundi dan kaum tertentu. Itu sebab gabungan Bn bole bertahan lama....
Begitu juga antara
Dap...Pkr...dan Pas semasa mereka bersama di dalam PR. Perebutan ada tetapi
tidak lah terlalu rumit untuk di agihkan kerana akhirnya masing masing dapat
jumlah yang hampir sama banyak...kawasan Pkr yang Melayu akan bertanding dengan
Umno....begitu juga Pas....maka Pas...Dap...dan Pkr dapat bersama berlawan
dengan BN selama 20 tahun. Selepas 20 tahun baru ada perpecahan....
Tetapi MN dan PN baru
sahaja beberapa bulan ujud walaupun MN agak awal berbanding PN tetapi kerjasama
mereka ini apabila berbincang tentang Kerusi akan ada kebuntuan yang sangat
ketara. Kenapa ? Kerana mereka berebut kerusi yang sama kerana ke tiga tiga
parti ini bertanding dan berebut di kerusi yang sama....
Saya ambil contoh
kerusi di Kota Raja sekarang ini milik Mat Sabu seorang ahli politik yang
mentafsirkan hijrah itu pelarian. Kerana kerusi ini pernah di menangi oleh Pas
dua penggal pada 2008 dan 2013 maka kerusi ini di tuntut oleh Pas selangor
tambahan pula polisi Pas di mana Amanah bertanding di situ bagi mereka adalah
kerusi mereka.
Umno tidak ada
sejarah bertanding di kerusi Kota Raja maka Umno tidak ada masalah tetapi bagi
MIC pula ini kerusi tradisi mereka yang bertanding...maka MIC yang berada dalam
BN sudah tentu bermatian menuntut kerusi ini.....
Parlimen Shah Alam
juga antara kerusi yang sangat di minta oleh Pas kerana bagi mereka itu kerusi
Amanah yang sepatutnya bertanding adalah Pas. Apakah umno tidak berminat dengan
kerusi Shah Alam ? Sudah tentu minat....apakah Bersatu tak minat ? Sudah tentu
minat.....habis siapa yang berhak....kan susah tu...sebab masing masing
berpendapat jika mereka dapat mereka akan menang kali ini kerana ada gabungan
MN dan PN....
Kerusi Gombak....ada
pengundi melayu 77 peratus dan sekarang ini Azmin ali di situ. Pas dan Umno
bahagian kedua duanya nampak tidak gembira dengan Azmin ali. Pas juga telah
lama korbankan kerusi ini kepada Azmin dari tahun 2008 2013 kerana semasa dalam
PR kerusi ini di tukar dengan Kota Raja kerana Azmin Ali berminat kerusi
Gombak. Sekarang ini sudah tentu di tuntut oleh Bersatu....kerana Azmin Ali dalam
Bersatu....apakah Pas dan Umno bersetuju.....? Bukan mudah....perasaan akar
umni di bawah menolak Azmin Ali...
Bukan mudah untuk
tiga parti politik Melayu ini nak agih kerusi.
Semasa sebelum ini ketiga tiga parti nampak
baik dan senyum bersama kerana masa itu belum bincang bab kerusi. Sekarang
nampak telah ada perbalahan merana sekarang masing masing sedang berunding
kerusi untuk di pertandingkan....bukan senang....
Tetapi jika sekadar
Pas dan Bersatu sahaja mungkin lebih mudah....atau antara Pas dan Umno
sahaja....juga ada ruang kepada perkongsian...
Sabah adalah tempat
untuk menguji kaedah perkongsian ini....berjaya atau tidak....