LIHAT BERCELARUNYA PN DAN MN




HAMDAN TAHA

BERTELAGAH TIDAK BAIK UNTUK UMNO PAS DAN BERSATU

Berlawan hujah dan penjelasan oleh presiden parti dan di sokong oleh su agung parti dan di tujukan kepada timbalan presiden sesuatu yang tidak begitu baik buat umno....

Isu Pas dan Umno menjemput Bersatu bersama MN bagi saya bukan satu isu yang besar untuk saling tuduh menuduh. Jemputan yang di buat oleh dua presiden itu bagi saya wajar dan tidak ada apa yang menjangalkan. Sekadar mengajak bersama dalam satu gabungan MN apa masalahnya...

Masalah jika tidak dapat di elakkan pun ialah perebutan kerusi yang nak di pertandingkan oleh parti masing masing. Di sini lah masalah akan timbul dan boleh menyebabkan perpecahan. Kerana ketiga tiga parti berebut tempat yang sama. Kepimpinan pusat mungkin boleh selesai tapi peringkat negeri belum tentu...apatah lagi di akar umbi....di sini lah peranan kepimpinan masing masing perlu...

Jika pimpinan Umno di Sabah dan di pusat juga negeri negeri lainnya di lihat bertelagah ini akan menyebabkan Pas dan Bersatu merasakan kesukaran utk berbincang. Itu antara satu sebab Pas ambil peluang untuk bersama Bersatu menubuhkan PN. Penubuhan PN menguntungkan Pas bukan merugikan. Pas matlamatnya hendak bertanding di 50 kerusi dan target nenang 40 kerusi supaya dia akan kekal berada dalam kerajaan walaupun siapa rakan kongsi tidak ada masalah bagi mereka....

Bagi Bersatu pula mereka yang penting semua jumlah kerusi yang mereka ada sekarang mereka nak bertanding dan ada tambahan lagi 20 kerusi....cukup untuk mereka....siapa pun lepas ni nak jadi kerajaan Bersatu dan Pas kononnya dah ada 80 kerusi....jadi mereka berdua sudah jagi king....

BERKONGSI AMAT SUKAR BAGI PARTI MELAYU INI


Berkerjasama Bergabung Bermufakat ini semua boleh berlaku dengan baik dan mudah juga tenang.....jika sekadar bekerjasama
Tetapi bila BERKONGSI ini bukan mudah dan senang untuk berjaya. Kerana perkongsian ini melibatkan semua perkara....

BERKONGSI pula jika berdua walaupun sukar tapi masih boleh berjaya. Walaupun perkongsian berdua ini ramai yang berjaya tetapi ramai juga yang bercerai berai. Sedikit yang berjaya hidup aman damai dan tenang tapi masih ada yang berjaya. Walaupun dua dua yang berkongsi itu sangat kuat solat dan zikirnya....tetap goyang.
BERKONGSI bertiga ada tapi tidak ramai yang berjaya ke arah ini. Jika sudah tiga masa sudah sangat terbatas dan kemungkinan isteri yang pertama berbaik dengan isteri yang ketiga sangat cenderong kerana dendam isteri pertama kepada isteri ke dua sangat dalam.

 Beberapa pengalaman yang saya lihat bila sudah ada tiga potensi penceraian terhadap isteri no dua itu sangat tinggi....kerana isteri kedua pula dendam dengan isteri ke tiga....kecuali cari lagi satu yang ke empat....

Itu perkongsian dalam rumah tangga....perkongsian dalam gabungan politik juga ada kesamaan jika mahu di lihat dan di bincang
Mic,Mca Gerakan parti bukan Melayu mereka boleh sahaja bergabung dengan Umno tampa perbalahan besar tentang perebutan kerusi kerana agihan kerusi itu sudah lengkap mengikut fomula jumlah pengundi dan kaum tertentu. Itu sebab gabungan Bn bole bertahan lama....

Begitu juga antara Dap...Pkr...dan Pas semasa mereka bersama di dalam PR. Perebutan ada tetapi tidak lah terlalu rumit untuk di agihkan kerana akhirnya masing masing dapat jumlah yang hampir sama banyak...kawasan Pkr yang Melayu akan bertanding dengan Umno....begitu juga Pas....maka Pas...Dap...dan Pkr dapat bersama berlawan dengan BN selama 20 tahun. Selepas 20 tahun baru ada perpecahan....

Tetapi MN dan PN baru sahaja beberapa bulan ujud walaupun MN agak awal berbanding PN tetapi kerjasama mereka ini apabila berbincang tentang Kerusi akan ada kebuntuan yang sangat ketara. Kenapa ? Kerana mereka berebut kerusi yang sama kerana ke tiga tiga parti ini bertanding dan berebut di kerusi yang sama....

Saya ambil contoh kerusi di Kota Raja sekarang ini milik Mat Sabu seorang ahli politik yang mentafsirkan hijrah itu pelarian. Kerana kerusi ini pernah di menangi oleh Pas dua penggal pada 2008 dan 2013 maka kerusi ini di tuntut oleh Pas selangor tambahan pula polisi Pas di mana Amanah bertanding di situ bagi mereka adalah kerusi mereka.

Umno tidak ada sejarah bertanding di kerusi Kota Raja maka Umno tidak ada masalah tetapi bagi MIC pula ini kerusi tradisi mereka yang bertanding...maka MIC yang berada dalam BN sudah tentu bermatian menuntut kerusi ini.....

Parlimen Shah Alam juga antara kerusi yang sangat di minta oleh Pas kerana bagi mereka itu kerusi Amanah yang sepatutnya bertanding adalah Pas. Apakah umno tidak berminat dengan kerusi Shah Alam ? Sudah tentu minat....apakah Bersatu tak minat ? Sudah tentu minat.....habis siapa yang berhak....kan susah tu...sebab masing masing berpendapat jika mereka dapat mereka akan menang kali ini kerana ada gabungan MN dan PN....

Kerusi Gombak....ada pengundi melayu 77 peratus dan sekarang ini Azmin ali di situ. Pas dan Umno bahagian kedua duanya nampak tidak gembira dengan Azmin ali. Pas juga telah lama korbankan kerusi ini kepada Azmin dari tahun 2008 2013 kerana semasa dalam PR kerusi ini di tukar dengan Kota Raja kerana Azmin Ali berminat kerusi Gombak. Sekarang ini sudah tentu di tuntut oleh Bersatu....kerana Azmin Ali dalam Bersatu....apakah Pas dan Umno bersetuju.....? Bukan mudah....perasaan akar umni di bawah menolak Azmin Ali...
Bukan mudah untuk tiga parti politik Melayu ini nak agih kerusi.

 Semasa sebelum ini ketiga tiga parti nampak baik dan senyum bersama kerana masa itu belum bincang bab kerusi. Sekarang nampak telah ada perbalahan merana sekarang masing masing sedang berunding kerusi untuk di pertandingkan....bukan senang....

Tetapi jika sekadar Pas dan Bersatu sahaja mungkin lebih mudah....atau antara Pas dan Umno sahaja....juga ada ruang kepada perkongsian...
Sabah adalah tempat untuk menguji kaedah perkongsian ini....berjaya atau tidak....