Sharidah Sh Abdullah
Kerana HANYA DS Anwar Ibrahim, telah memberi harapan bahawa Malaysia mampu ditadbir dengan baik, bersih, telus dan adil.
Saya belum pernah merasai satu pemerintahan yang teratur sejak sekian lama dan saya amat mencemburui negara-negara jiran yang telah meninggalkan negara kita dengan pelbagai program menyenang dan mengangkat mertabat rakyat dan negara.
Hampir 40 tahun tatakelola Malaysia diabaikan kerajaan yang diberi mandat menguruskan, apabila mereka lebih sibuk mengumpul kekayaan demi mengekalkan kekuasaan. Dengan didikan sedemikian mereka menggalakan rakyat dibebani hutang dan sentiasa mengejar untuk mencukupkan.
Hilang peradaban, hilang kemanusiaan apabila rakyat dididik untuk menjulang kehidupan material dan menjadi objektif, ditanam sejak di bangku sekolah lagi.
Seakan tidak cukup dengan ahli politik yang mengotori etika berpolitik dengan khianat dan rasuah, para alim agama juga turut serta menyesatkan rakyat dengan sikap hipokrit berselindung disebalik pakaian agama.
Selagi masih bernyawa saya akan terus berdoa, agar Allah akan mengurniakan seorang pemimpin yang menjulang kemanusiaan dan peradaban pula menggantikan pemimpin-pemimpin lalu yang memuja harta dan kuasa.
DS Anwar Ibrahim mampu membuka laluan kepada pemimpin yang meletak rakyat dan negara sebagai agenda pemerintahan BUKAN mengelidah sumber negara tatkala menjadi pemerintah.
Semuga doa-doa rakyat yang baik yang ingin kebaikan ditegakkan dikabulkan Allah. Allah menyukai pemeritah yang baik dan adil sehingga negara akan diselimuti rahmah dan barakahnya. Amiin. ❤️