Apa beza arahan Tun M dengan runding Goldman Sachs?
Ipohmali
Semalam kononnya Takiyuddin Hassan dedahkan satu skandal besar… Iaitu surat dan minit Tun Mahathir membebaskan akaun bank taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon dalam kes 1MDB… Kita dok ingat besar sangat lah skandal yg didedahkan… Tak dak satu pun kesalahan dalam pendedahan tu…
Bila Tun minitkan surat dia… Tanda dia seorang yg amanah… Tidak ada apa yg dia takut dan sembunyikan… Bukan runding dalam telefon seperti Azeez Rahim dan Najib dengan Ketua Pengarah SPRM, TS Zulkifli yang didedahkan bercuti dengan bini orang di Bali…
Sekurang-kurangnya kita berterima kasih dengan Takiyuddin… Sebelum ni surat tu tersebar internet hanya fokuskan salah laku Lim Guan Eng… Rupa2nya Lim Guan Eng hanya panjangkan arahan Perdana Menteri… Jadi memang tak dak salah apa pun… Kalau salah, dakwa lah…
Untuk pengetahuan, 1MDB pemegang taruhnya adalah Kerajaan… Semua aliran atau money trail dalam kes 1MDB akaun depa dibekukan… Dan mereka diberi saman dan diberi tawaran untuk memulangkan balik wang yang diterima… Bila Tan Sri Lim Soon pulangkan semua duit 1MDB… Menjadi hak dia lah akaun dia tidak lagi dibekukan… Tak salah pun… Apa yang salah…?
Untuk mudah faham… Macam rundingan Kerajaan dan saman Kerajaan Malaysia terhadap Goldman Sachs berkenaan duit 1MDB… Syarikat Yahudi… Ada saman, ada rundingan dan penyelesaian ditawarkan… Keputusannya dari Kerajaan… Mahu selesai atau mahu teruskan tuntutan…
Sekurang-kurangnya Tan Sri Lim Soon pulangkan semua duit yang dia terima dari satu urusniaga… Tapi Goldman Sachs walau pun hanya pulangkan, tak sampai 50%… Atau anak tiri Najib, si Reza Aziz pulangkan tak sampai 30% wang yang dia pakai… Relax je pakai duit 1MDB terbitkan filem lucah, beli kondo mewah… Tapi dilepas dan dibebaskan… Itu lagi teruk…
Lagi teruk parti-parti seperti UMNO dan MCA… Depa degil tak nak bayar balik duit yang diambil dari duit 1MDB… Lagi mudah faham… Depa pakai duit rakyat, duit pencen dari dana KWAP yang diluluskan Presiden UMNO sendiri si Najib Razak…
Sudah-sudah lah… Tak best langsung cerita Takiyuddin Hassan semalam… Baca surat tu macam dedah skandal besar sangat… Tapi hampas… Cuba lagi… Apa pun terima kasih sebab bersihkan fitnah yang selama ini kaitkan Lim Guan Eng campur tangan dalam kes ni… Guan Eng jauh lebih bersih dari Haji Hadi dan PAS Terengganu yang terima duit UMNO dalam PRU-14 tanpa rasa malu…