Peranan
parti politik di negara ini mestilah selaras dengan sistem Demokrasi, kerana
rakyat perlu mengambil bahagian dalam menentukan kerajaan setiap lima tahun
sekali.
Parti
politik merupakan penjaga keharmonian dan menentukan dasar sebaik diberi mandat
menerajui kerajaan. Jika polisi yang diangkat menjadi dasar itu pincang, maka
keseluruhan system tata urus negara juga
akan berpaksi kepada system yang pincang. DiMalaysia, perlembagaan negara telah
dipinda sebanyak 42 kali oleh kerajaan yang memerintah, pindaan melibatkan bab
kewarganegaraan, kuasa kuasa kerajaan negeri, pilihanraya, kehakiman dan sektor
awam.
Dakwaan DAP
boleh mengubah perlembagaan bila jadi kerajaan adalah persepsi dan modal
politik semata mata, kerana untuk mengubah perlembagaan memerlukan sokongan
majoriti 2/3 dari Ahli Parlimen..
Masalah
sekarang, orang Melayu amat mudah diperdaya oleh pemimpin parti politik Melayu
yang menyebarkan dakyah sebegini, khasnya PAS dan UMNO... selagi wujud parti politik yang mengunakan
isu kaum dan agama untuk menagih sokongan, kepincangan dalam memperbaiki
kualiti hidup rakyat dan membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan, mustahil
tercapai.. contoh di Kelantan, ada yang menetap di kandang lembu, rumah ibarat
reban ayam, tinggal ditapak pelupusan sampah, masalah air, peluang pekerjaan
etc tapi parti politik yang gagal mengurus kebajikan rakyat terus dipilih sebagai kerajaan disana.
Untuk
menjadi bangsa dan warganegara yang merdeka dari politik sempit kepartian ,
perlu kesedaran bahawa kuasa menentukan kerajaan adalah hak multak rakyat yang
dijamim oleh perlembagaan.. tidak berdosa menolak parti 'islam' kerana islam
dijadikan alat berpolitik semata..
Kau tetap
Melayu tanpa UMNO dan tetap Islam tanpa PAS...
Assalam dan
Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.
RMS.