Wajarkah cukai PBT dinaikkan?
Nurin Aina
Kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara menaikkan cukai taksiran bagi kawasan masing-masing adalah tidak wajar.
Ini kerana rakyat masih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan berdepan kemelut Covid-19 yang berpanjangan. Keadaan ini pastinya mengejutkan rakyat yang sedang bergelumang dengan masalah dibuang kerja dan sebagainya.
Apakah dalam hal ini, Zuraida lebih pedulikan kenaikan cukai taksiran berbanding rakyat yang bertahun-tahun masih mengharapkan peluang pekerjaan, kos sara hidup dan kebajikan mereka terjaga.
Wajarkah cukai taksiran dinaikkan nyatakan Pendapat anda.