Umno pertahan semua kerusi, Bersatu Muhyiddin gigit jari?
Hasrat pemimpin Bersatu terutama bekas Umno untuk bertanding di kerusi masing-masing mungkin akan berkubur.
Hal ini kerana Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, berkata kemungkinan Umno akan mempertahankan semua kerusi yang mereka menangi pada PRU ke-14 atau dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) selepas itu.
“Barisan Nasional berhasrat mempertahankan semua kerusi tradisinya sama ada yang dimenanginya (pada) PRU14 atau yang dimenangi PRK kemudiannya,” kata Annuar dalam ciapan dipetik Malaysiakini.
Komen itu menambah selut ke dalam kemelut perundingan kerusi antara Bersatu dan Umno.
Annuar Musa sebelum ini kelihatan pro-Muhyiddin apabila mencadangkan perdana menteri itu sebagai PM menanti sekiranya Perikatan Nasional menang pilihan raya umum ke 15.
Namun komen Annuar tersebut dibidas selama berhari-hari oleh pemimpin Umno lain yang tidak berganjak tidak memberi laluan kepada pemimpin Bersatu mengekalkan kerusi mereka sekiranya berlaku PRU mengejut dalam tahun ini.