Hashim Razak
1)dimana duit yg membuat kamu menunjuk merasa diri hebat?
2)dimana cantik rupa yg membuat kamu bangga dan sombong?
3)dimana kereta mewah yg membuat kamu berlagak?
4)mana sijil taraf pendidikan tinggi yg membuat kamu memaki org yg kurang ilmu pengetahuan?
5)dimana orang yg kita anggap selama ini yg sentiasa di sisi kita?
6)secantik manakah rupa kita di dalam kubur?
7)dimana harga kekayaan yg diperolehi dengan cara menjatuhkan orang lain?
Ada baiknya bila kita kaya di dunia, ada baiknya bila rupa kita cantik tetapi biarlah sifat berperikemanusiaan itu sentiasa menjadi keutamaan di dalam hidup kita. Janganlah memperlekeh menghina menjatuhkan orang lain kerana inginkan kekayaan semata-mata. Kerana di tanah kubur kaya dan miskin tiada bezanya apabila semua taraf, rupa dan kekayaan menjadi sama rata. Ketika itu hanya dosa dan pahala di dunia yg akan berbeza.
Tubuh badan manusia selepas mati.
*3hari selepas mati kuku mulai tertanggal
*4hari selepas mati rambut tertanggal dari kepala dan seluruh badan tertanggal rambut dan bulu
*5hari selepas mati anggota dalaman dan luaran yg membawa kita ke arah dosa mulai mereput
*6hari selepas mati kulit mulai mereput
*60 hari tiada yg tinggal melainkan tulang sahaja
Jadi:
Mengapa terlalu bangga?
Mengapa terlalu riak?
Mengapa terlalu sombong?
Mengapa terlalu mementingkan diri?
Mengapa terlalu dengki?
Mengapa terlalu kejam?
Adakah kamu berfikir kamu adalah milik kamu sendiri? Tidak..kerana akhirnya badan kamu sndri juga tidak akan menjadi milik kamu.
Kesimpulannya apa salahnya kita merendah diri? Apa salahnya kita menyebarkan kasih sesama manusia?
Kita hidup diatas takdir Nya. Kongsikan ini dan bersama kita sebarkan kasih dan kesedaran sesama kita agar sentiasa bersyukur atas kehendak dan takdir yg sudah ditentukan oleh Nya.