Najib bersalah, terima kasih sheikh Tommy?
Ipohmali
Seperti aku tulis semalam semalam.. Hampir Mustahil untuk najib dilepaskan dari pertuduhan jika melihatkan segala bukti dan keterangan dibawa oleh Pendakwaraya.. Kalau ikut hukum dan Undang2.. ianya mustahil Najib dibebaskan..Katanya semua pertuduhan dalam kes SRC semuanya Najib didapati bersalah..
Ini kalau Tun masih PM, mau tak dibenarkan bebas ikat jamin dan dihantar terus ke Sungai buluh..Apapun terima Terima Kasih tak terhingga kepada Sheikh Tommy Thomas..Sama seperti cemerlangnya tindakan Undang2 Tommy Thomas di US buktikan Syarikat pelaburan Yahudi Goldman Sach bersubahat mencuri duit 1MDB.. Jarang jarang Syarikat Yahudi ni Kalah saman….
Malangnya kerajaan hari ini terdesak kerana menerima penyelesaian USD 3.9 Billion dari USD 7.5 Billion yang dituntut.. Untung Syariat pelaburan Yahudi tu.. Curi 7, Bagi balik 4.. tapi nak buat macam mana,Kita pun katanya terdesak nak pakai Duit walaupun itu duit ayah mak kita, Duit KWAP..tabung Amanah pencen..
Hakim yang membuat keputusan hari ini, adalah Hakim yang sama membebaskan Isa Samad untuk satu pertuduhan pecah amanah pembelian hotel Di Sarawak dan mensabitkan kesalahan rasuah pada Isa Samad dalam transaksi yang lain….
Bila Hakim yang sama melepaskan beberapa tuduhan lain kepada Isa samad..Ketika ramai yang kata Isa Samad dilepaskan Muhyidin, Aku sebenarnya tidak komen.. Bagi aku Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada ketika itu adil bila melihat keterangan saksi dan bukti pendakwaan….
Sebab sapa ikut perbicaraan Isa Samad.. Banyak keterangan, Transaksi susah untuk sabitkan Isa Samad dalam kes .. sama macam kes Tabung Haji.. Pembelian tanah TRX oleh tabung Haji dari 1MDB pada harga berpuluh kali ganda cukup mencurigakan..Tetapi ia sukar mensabitkan mereka yang terlibat atas kesalahan tersebut..
Malangnya ramai dari kita terutama kalangan Bani Melayu.. Malas membaca prosiding Mahkamah.. Lagi teruk puak PAS terus beriman dan percaya dengan apa saja fitnah dan spin Najib di Facebook dia… Bukan saja dalam kes 1MSB, SRC..bayangkan kes Adib pun depa malas membaca..
Apapun aku nak tunggu alasan Penghakiman.. Nak baca dulu..jangan jadi seperti pentaksub PAS… Malas membaca, sampai orang seprti najib depa beriman..Tapi itulah tanda dan gambaran Ruwaibidhah seperti Presidennya.. sepertimana sabda Nabi..
وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ…
” Para pengkhianat pada zaman itu dipercayai, sementara orang-orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada zaman itu pula Ruwaibidhah banyak berbicara…”
Apapun Tahniah Pendakwaraya..Mantan Peguam Negara Tommy Thomas dan mantan PM Tun Mahathir kerana mempertahankan Amanah dan wang rakyat.. begitu juga tahniah Ds Anwar dan rafizi antara pemimpin paling awal mendedahkan skandal 1MDB..