PROPA BLOK KETIGA, TAPI KEADILAN BOLEH "MOVE FORWARD" TANPA ATAU DENGAN PH





1) Ini gambar Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat. JIka di era PH, penyertaan wakil pembangkang lebih meluas tapi kali ini hanya Ketua Pembangkang mewakili SEMUA parti pembangkang yg ada.
2) Kita belum tahu apa akan berlaku dan terjadi kepada Kaukus Parlimen. Pelbagai Jawatankuasa ditubuhkan ketika era PH termasuklah yg dipengerusikan oleh YB William Leong. Ketika itu, ia adalah sebahagian dari usaha DSAI dan rakan-rakan dalam melakukan REFORM Parlimen. Tapi ada yg memperlekehkan DSAI kununnya dia tidak menyumbang apa-apa dalam usaha Reform dlm tempoh 22 bulan PH memerintah sedangkan hanya bekas PM7 melakukan REFORM, kununnya. Itu cara mereka mahu menghina, mengherdik, meremehkan dan merendah-rendahkan Pengerusi PH.


3) Dalam masa yg sama mereka mengangkat blok #WB - #WARISBebas KUNUNNYA adalah Blok Ketiga yang mendapat sokongan 10 kali ganda berbanding Gerakan di era Lim Chong Eu menjadikan partinya Blok Ketiga. Ini propaganda yang boleh dibaca. Ketakutan bertarung di pilihanraya dengan bilangan ahli dan keupayaan yg terhad sebenarnya antara sebahagian pendorong sikap mereka tergila-gila mahu menjadi KERAjaan semula tanpa piihanraya.
4) Propaganda seperti ini dilakukan bukan setakat oleh pihak Blackout #Rentung itu sahaja tapi juga oleh parti komponen yg kecil dalam PH yg beriya-iya mahu ikut #Rentung sama. Agak malang mereka tidak punya ramai ahli pun. Parti yang pernah menenggek di atas gelombang perubahan Rakyat kini SEBAHAGIAN dari ahli-ahlinya terutama yg pernah merasai Kelazatan Kuasa dan Jawatan setiap hari berusaha mengangkat Blok Ketiga ini dan meremeh-remehkan Pengerusi PH dan PH itu sendiri.
5) "𝗔𝗻𝗮𝗶-𝗮𝗻𝗮𝗶" Pengkhianat PH ini sepatutnya lebih MATANG dan JANTAN utk bertindak keluar dari PH jika sudah terjelir lidah terlalu terliur dan laparkan Blok Ketiga berbanding sekadar menjadi anjing, pencacai, alat dan perkakas "Org Luar" semata-mata kerana DSAI enggan memuaskan nafsu serakah mereka. Makhluk-makhluk seumpama ini biasanya adalah jenis pelahap jawatan, ghanimah dan projek yang mengkhianati agenda REFORM serta Islah yg diharapkan oleh Rakyat yg "GENUINE" menyokong Pakatan Harapan bukan "plastik" seperti mereka.
6) JUJURnya saya menghargai teguran sahabat kita Sdra
Syam Ghaz
yg membawa suara Muafakat untuk memperkukuhkan PH tapi dalam masa yg sama semua pihak harus akur bahawa kita punya masalah "𝗔𝗻𝗮𝗶-𝗮𝗻𝗮𝗶" yg terpaksa kita hadapi. Samada kita suka atau tidak seperti virus COVID-19 kita terpaksa hidup bersama "𝗔𝗻𝗮𝗶-𝗮𝗻𝗮𝗶" makhluk perosak ini selagi mana dengan muka tak malu mereka masih bertenggek dalam PH. Terpaksalah kita membiasakan diri dengan "Norma" baharu di mana kita akan dapat melihat sikap "CHILDISH" mereka sehinggakan gambar Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yg sepatutnya "𝗡𝗢𝗡-𝗜𝗦𝗦𝗨𝗘" atau bukan isu pun dijadikan bahan untuk menganjing DSAI.
7) Sesungguhnya "𝗔𝗻𝗮𝗶-𝗮𝗻𝗮𝗶" ini tidak ada nilai seduit pun kepada perjuangan #REFORM, samada dengan PH atau tanpa PH kita harus "𝗠𝗼𝘃𝗲 𝗙𝗼𝗿𝘄𝗮𝗿𝗱" menentang PN dan M(B)N di Snap Election atau PRU15 nanti. Sebahagian Strategi PRU14 masih "valid" di mana kali ini boleh diguna pendekatan "𝘁𝗼 𝗿𝗲𝗱𝘂𝗰𝗲 𝘁𝗵𝗲 𝟯𝗿𝗱 𝗕𝗹𝗼𝗰𝗸 𝘁𝗼 𝗮 𝗻𝗼𝗻 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗶𝘁𝗼𝗿" utk kita hadap PN-M(B)N. Puak Blackout "Rentung" dan "yg membontotinya" sebagai Blok Ketiga bukanlah parti yg besar malah kedua-duanya telah GAGAL "big time" untuk menarik minat, sokongan dari org Melayu mahu pun ahli dan penyokong-penyokong parti lama mereka.
8) YA. Jika berpijak kepada Realiti, kita harus berani mengakui ada parti-parti komponen PH dipecahkan kepada dua kem sepertimana Keadilan / PKR pernah dipecahkan dulu angkara Kartel #SENGAJA dimanjakan, dilimpahi kuasa, kedudukan dan kemewahan. Malah parti Blackout "Rentung" itu sendiri telah berpecah akhirnya. NAMUN, bagi akar umbi yang masih setia dengan Muafakat PH masih boleh bersama Keadilan samada dengan atau tanpa PH untuk sama-sama "Move forward". Jangan gundah SEANDAInya PH gagal diperkukuh (meskipun kita harap masih ada jalan) kerana perjuangan Reform adalah suatu "𝗘𝗡𝗗𝗨𝗥𝗔𝗡𝗖𝗘 𝗧𝗘𝗦𝗧"yg boleh jadi "𝗜𝗻𝗱𝗲𝗳𝗶𝗻𝗶𝘁𝗲" dan tidak diketahui penghujungnya. Namun perjuangan pasti diteruskan oleh generasi akan datang.
9) Boleh jadi hanya pemimpin generasi akan datang yang akan berjaya menyatukan dan memperkukuhkan Pakatan Pembangkang lalu pendokong PH harus bersedia untuk keberangkalian itu. Buat masa ini DSAI dan Keadilan tidak harus membiarkan parti-parti komponen PH "𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗨𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗠" kerana ini adalah "𝗪𝗥𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗔𝗟" kepada rakyat dan pengundi. Tiba masanya, keputusan mesti dibuat secara #TUNTAS jika tidak mahu Keadilan terseret sama ke kancah "𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗗𝗶𝘀𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿" yang paling EPIK dan KLASIK angkara seorang Tua yg laparkan kuasa semata-mata mahu melampiaskan dendam kesumat kepada DSAI, TSMY dan Najib Razak.
10) Samada aktor-aktor poiltik ini mahu bermain dan 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 atau 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿-𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗝𝗨𝗝𝗨𝗥 untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan hanya akan diketahui dari tindakan mereka sehingga hujung tahun nanti. Ketidakbersamaan mereka dalam PH akan memberi isyarat kepada rakyat, penyokong dan pengundi bahawa era PH sudah berakhir. Tapi perlu diingat, obor perjuangan REFORM dan Islah tidak akan pernah padam selagi mana ada yg mahu membawanya biar pun oleh generasi yg akan datang.
Wallahualam
- Zus Din
23 Julai 2020
*Gambar sekadar hiasan