Kes Najib pengorbanan Rafizi Ramli berbaloi
Sejarah telah tercipta pada hari ini dimana bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak telah didapati bersalah oleh Mahkamah atas kesemua tujuh (7) pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah Rm42 juta.
Pada tahun 2011, Presiden KEADILAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah membangkitkan keraguan berkenaan urusniaga 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mendakwa Najib Razak berbohong tentang beberapa perkara berkaitan urusniaga 1MDB. Pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang mengambil serius tentang isu berkenaan.
Namun pada tahun 2016, Rafizi Ramli menggemparkan seluruh negara apabila membongkarkan beberapa maklumat berkaitan penyelewengan dalam 1MDB dan anak syarikatnya SRC International.
Pada 2017 beliau telah mendedahkan beberapa dokumen sulit berkenaan aliran keluar tunai dana SRC International berjumlah Rm42 juta. Pada masa itu beliau menerima pelbagai tekanan dari pihak kerajaan malah berdepan hukuman penjara.
Namun atas prinsip menentang korupsi dan salahguna kuasa beliau terus mara ke hadapan sehingga beliau didakwa di Mahkamah kerana membocorkan maklumat sulit yang akhirnya menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 lalu.
Tidak mengalah di situ, beliau yang merupakan arkitek kepada tertubuhnya Pakatan Harapan menggerakkan kempen menjelajah ke seluruh negara bagi memberikan penerangan berkaitan skandal 1MDB di atas lori kecil dengan dana peribadi sehingga ratusan ribu ringgit melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan beliau iaitu INVOKE.
Keteguhan perjuangan beliau walau berhadapan dengan tekanan berat dari Barisan Nasional membuka mata rakyat Malaysia untuk bangkit menentang pemimpin kleptokrat Barisan Nasional serta mencetus gelombang kebangkitan rakyat menolak Barisan Nasional yang akhirnya memperlihatkan kemenangan Pakatan Harapan.
Hari ini kita melihat hasil perjuangan serta pengorbanan beliau apabila Mahkamah telah membuktikan bahawa Najib Razak seorang yang korup.
Negara perlu menanggung kerugian berbilion ringgit akibat tindakan Najib Razak.
Hari ini negara masih memerlukan Rafizi Ramli bagi menentang sebuah kerajaan kleptokrat baru Perikatan Nasional dan negara amat memerlukan Rafizi Ramli bagi membersihkan negara ini dari para politikus korup yang menyalah gunakan kuasa demi mengaut keuntungan peribadi sedang rakyat terhimpit dalam kemiskinan.
RAZEEF RAKIMIN
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sabah
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Sabah