Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan langkah Tun Dr. Mahathir yang sukar dibayangkan sebelum ini--- menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri PH 2.0+.
Analisis saya, Tun Dr. Mahathir menggunakan strategi mengetengahkan Presiden Parti Warisan Sabah yang tinggi reputasi ini bakal mencetuskan gelombang baru dalam usahanya merampas semula mandat rakyat dari tangan Perikatan Nasional.
Strategi ini mencetuskan sentimen Borneo yang melihat perkara ini satu pengiktirafan kpd anak bumi mereka. Tun Mahathir dilihat cuba memusatkan sokongan Borneo dalam situasi Amanah dan DAP yg memiliki 53 kerusi parlimen menyokongnya serta dalam jangkaan sokongan Azmin Ali dan Hishamudin kepadanya juga. Beberapa MP PKR yg goyah juga dijangka mampu untuk ditarik Tun Mahathir dalam percaturan baru ini.
Denga perkembangan mutakhir ini, Tun Mahathir dijangka tidak sukar untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 116 sokongan ahli Dewan Rakyat .
Jika dibuat literatur tentang politik Borneo, kita boleh membuat satu kesimpulan tentang hasrat terpendam Borneo yg sudah lama ingin mencapai status "sama taraf" dalam Persekutuan Malaysia. Sejak penubuhan Malaysia tahun 1963, masih belum ada pemimpin Borneo yg pernah mencapai tahap tertinggi dalam politik Malaysia selain DS Shafie Apdal yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO.
Strategi Tun menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri PH 2.0+ ini adalah satu eksperimen yg agak berbaloi. Sekiranya sentimen politik Borneo ini menguasai kedua2 negeri-negeri Sabah dan Sarawak, gelombang baru ini mampu menyekat kemaraan Muafakat Nasional UMNO-PAS. Naratif Muafakat Nasional yang semakin meluas di kalangan Melayu boleh dineutralkan oleh sentimen Borneo yang membentuk sejumlah besar bilangan kerusi Parlimen di negara ini.
Tun Mahathir sememangnya tidak kuat jika dibandingkan dengan PH dan Anwar. Tetapi Mahathir adalah "galah sejengkal" yg telah membantu menobatkan PH ke Putrajaya pada 9 Mei 2018 yg lalu. Kehadiran Tun Mahathir membawa sejumlah "swing" undi Melayu telah menyumbangkan beberapa di kawasan kubu tradisi UMNO seperti penempatan-penempatan Felda dan kampung-kampung tradisi di luar bandar kepada PH.
Kekurangan Anwar dan rakan-rakannya dalam PH adalah kawasan penempatan Felda dan Melayu luar bandar. Di sinilah titik lemahnya. Kekuatan PH di kawasan bandar dan semi bandar bagaimanapun tiada siapa yg boleh pertikaikannya.
Saya fikir PH tanpa Tun Mahathir pada PRU-15, akan suram. Sebab tu saya melihat sokongan Amanah dan DAP terhadap Tun pada masa kini adalah bersifat strategik, bukan politik hari ini semata-mata , tetapi juga politik di masa depan.
*Dr. Mazlan Ali*
27 Jun 2020