SAYA SENYUM SAHAJA BACA KENYATAAN TUN M ini di FB Wall A.Kadir Jasin. Saya copy paste di sini. Pendapat saya? DSAI dan PKR akan tolak Option ini.



Kenapa mesyuarat dibuat tanpa DSAI dan PKR kemudian dipaksakan dia terima pencalonan sbgai TPM 1? Tun M boleh pula menyokong penuh dan akan kempen utk Shafie jd calon PM tapi tak boleh nak sokong dan kempen utk DSAI?

Org Tua tu setuju pula DSAI jadi TPM 1 sbb apa? Dia hanya nak halang DSAI jd PM shj. Bila Shafie jadi PM, usaha akan dibuat utk singkirkan DSAI, skrip lama tetap terpakai, skrg hanya modified shj. Yg pentng DSAI tak akan jadi PM dan boleh disingkirkan bila Tun M atau proxy dia si Shafie dpt kuasa PM. Game mcmtu pun Mat-Eng masih tak nampak? Hadoi...😁😄

Apa lebihnya Shafie? Dia cukup angka ke? Mana bukti? Ooh..Tun M nak berkempen utk dia, tak sanggup pula Org Tua tu berkempen utk DSAI? Apa motif di blkg? Agenda REFORM akan kena hijack mcm 22 bulan itu jika bukan DSAI yg jadi PM. TPM tarak kuasa apa pun dan PM boleh overule.

Warisan pun tak mampu nak bertanding di Semenanjung. Tersudut hanya di Sabah. Kegilaan apakah ini terutama Geng Mat-Eng? Desperate nak jadi kerajaan hingga ke tahap gaban? Skrg Shafie nak jadi PM sampai habis penggal ke mcm mana? Kalau Tun M nak jadi PM 6 bulan pun DSAI tak setuju inikan Shafie?

My guess is...DSAI dan PKR akan tolak dan kekal dgn konsensus asal hanya DSAI calon PM. Kalau Shafie dan Tun M tak sokong, maka kita jadi lah pembangkang sehingga Parlimen dibubar kita dptkan mandat baru dari rakyat.

Wallahualam.

- Zus Din
27 Jun 2020
****************************
 1. Pemilihan Datuk Seri Shafie Apdal oleh Bersatu (feksyen Tun Dr Mahathir Mohamad), DAP, Amanah dan Warisan sebagai calon Perdana Menteri adalah percubaan bagi memecahkan kebuntuan.

2. Ini adalah berikutan penolakan opsyen satu PH Plus menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM dan opsyen dua, iaitu gandingan Dr Mahathir-Anwar.

3. Formula terbaru ini adalah hasil mesyuarat yang dihadiri oleh Bersatu, Amanah, DAP dan Warisan di Rumah Sabah di ibu negara pada 25 Jun.

4. Dalam menolak opsyen satu, Amanah dan DAP berkata, Anwar gagal mendapatkan sokongan yang cukup daripada ahli Dewan Rakyat bagi mencabar kerajaan Perikatan Nasional.

5. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir hari ini, mereka turut menamakan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri 2 walaupun jelas PKR tidak hadir mesyuarat 25 Jun itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Mahathir.

- A.Kadir Jasin
****************************
KENYATAAN MEDIA: PENCALONAN PERDANA MENTERI

1. Saya telah mengadakan satu pertemuan dengan kumpulan yang menyokong saya dan rakan-rakan dari parti Amanah, Warisan dan DAP pada Jun 25, 2020 - bertempat di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur.

2. Perbincangan yang diadakan secara tidak formal dihadiri oleh Dato Seri Shafie Apdal, YB Mohamad Sabu, YB Tan Kok Wai, YB Lim Guan Eng, YB Anthony Loke, YB M. Kulasegaran dan YB Liew Chin Tong.

3. Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Dato Wira Marzuki Yahya turut menyertai pertemuan itu.

4. Kami membincang banyak perkara berkaitan keadaan Negara pada masa kini serta masing-masing melahirkan rasa risau terhadap beberapa perkembangan semasa.

5. Semasa perbincangan, telah ditimbul beberapa cadangan mengenai hala tuju perjuangan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat yang telah dirampas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco-konconya dan menubuh Kerajaan pintu belakang menggantikan Kerajaan yang dipilih rakyat semasa pilihanraya ke 14 dalam bulan Mei tahun 2018.

6. Di dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri. Di antara cadangan yang dikemuka ialah pencalonan Dato Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

7. Kami sebulat suara bersetuju Dato’ Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

8. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai pendirian yang tegas supaya rakyat tahu akan pendirian kita.

9. Kami juga bersetuju mencadang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 dan Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

10. Mungkin ada yang bertanya kenapa Shafie dicalonkan. Mungkin ada yang telah lupa bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin asal menentang Kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihanraya ke-14. Dia juga salah seorang pemimpin yang menjadi mangsa awal Kerajaan Najib
2 dan telah disingkir dari jawatan Menteri serta Naib Presiden UMNO kerana tidak dapat menerima perbuatan rasuah dan pencurian wang rakyat menerusi skandal 1MDB yang begitu memualkan.

11. Shafie ketika itu bersama-sama dengan Muhyiddin. Kini Muhyiddin meninggalkan perjuangan dan kembali bersama dengan kleptokrats yang dahulu menghukum dan menyingkirnya.

12. Saya percaya jika langkah kami berjaya, ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

13. Saya juga percaya apa yang kita cadangkan ini dapat diterima oleh rakyat sebagai bukti bahawa personaliti-personaliti di dalam pemimpin-pemimpin parti pembangkang tidak utamakan kedudukan dan jawatan.

14. Yang penting ialah meneruskan perjuangan yang dimulakan sejak tahun 2015 untuk membersihkan negara dari kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin Kerajaan ketika itu kerana sikap tamak, bongkak dan kepentingan diri. Seperti yang kita sedang saksikan, perbuatan yang kita tentang dahulu sudah mula bertapak dan pemimpin dan penyokong kleptokrasi sudah kembali.

15. Parlimen akan bersidang tidak lama lagi. Saya akan kemuka usul tidak percaya terhadap Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin.

16. Insya-Allah, dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak boleh menerima Kerajaan pintu belakang Tan Sri Muhyiddin dan mahu mengembalikan mandat rakyat akan bersama saya dan rakan-rakan lain menyokong usul Dato’ Seri Shafie menjadi Perdana Menteri.

17. Jika usaha ini berjaya, langkah untuk pastikan asas demokrasi seperti yang dituntut rakyat akan dapat kita penuhi. Kita perlu tamatkan Kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
27 JUN 2020.



No comments: