Hayat PN tamat sebelum Julai?
TULANG BESI
Sudah lebih semingguu dua khabar angin bertiup kencang berkenaan kejatuhan Muhyiddin Yaasin dan kerajaannya.
Pelbagai cerita yang telah disebarkan dalam alam maya. Antaranya:
1) PAS menghantar rombongan meminang mereka berjumpa Dr. Mahathir dengan menawarkan 18 Ahli Parlimen mereka menyertai PH.
2) Jumlah bilangan Ahli Parlimen yang menghantar SD kepada Dr. Mahathir dan Anwar juga mencecah 129 dan sedang bertambah.
3) Sudah ada perkenan dari Istana untuk menghadap dan mempersembahkan kepada Tuanku untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan baru.
4) bilangan ahli-ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin sehingga hari ini masih belum mencecah 90 orang dan banyak lagi.
5) Juga timbul rakaman audio Muhyiddin Yaasin mengaku berniat untuk memberikan rasuah jawatan GLC bagi menarik ahli-ahli parlimen UMNO ke BERSATU dan banyak lagi audio lain.
Namun semua khabar-khabar ini tidak mempunyai kredibiliti sehinggalah timbul posting Zahid Hamidi di bawah ini:
Perhatikan pada bahagian yang digaris merah: “Kami telah siap siaga untuk PRU15”
Soalnya, tarikh luput Parlimen Malaysia sessi ini adalah pada 06 May 2023. Masih berbaki 3 tahun lagi sebelum tamat sessi Parlimen ini. Mengapa Zahid Hamidi tiba-tiba menyebut berkenaan Piliharaya Umum ke 15?
Kalau tarikh tamat tempoh itu ada berbaki 1 tahun lagi mungkin masuk akal untuk Zahid Hamidi berkata sebegini tetapi kenapa sekarang.
Pada hemat Tulang Besi, ini adalah petanda jelas hayat dan nyawa kerajaan Pakatan Harapan sudah hampir menuju ke alam barzakh.
Panggilan Zahid ini juga menunjukkan UMNO sudah sedia untuk membuang rakan-rakan mereka dalam PN seperti BERSATU, Azmin+Geng dan juga PAS.
KERAJAAN MUHYIDDIN LEMAH DAN TERBUKTI LEMAH
Apabila Muhyyidin menghalang usul undi tidak percaya yang telah diterima oleh Speaker, secara otomatik Muhyiddin telah mengaku beliau tiada majoriti dalam Parlimen. Pengakuan secara diam ini membuatkan semua yang menganggotai kerajaan beliau sedikit demi sedikit hilang kepercayaan kepada beliau.
Ertinya kalau sebelum ini kerajaan Muhyiddin hanya dikatakan lemah dan tidak dapat sokongan yang cukup, selepas 18May 2020 terbukti bahawa kerajaan Muhyiddin adalah kerajaan haram yang tidak menepati syaraat Perlembagaan yakni yg mempunyai sokongan majoriti.
Juga timbul cerita hal rumah tangga dalam Perikatan Nasional yang bergolak sebegitu kuat sekali. Misalnya:
1) Pergolakan dalaman BERSATU yang berpecah kepada group pro Mahathir dan pro Muhyiddin. Walaupun ditebarkan jawatan dan pangkat kepada ahli-ahli BERSATU tapi nampaknya pergolakan semakin marak dan api perpecahan semakin besar. Ia bermula dengan hilangnya MB Johor dari BERSATU diikuti tindakan UMNO menghalang ADUN BERSATU menjadi KM Melaka diikuti dengan insiden-insiden lain.
2) Azmin Ali diserang atas bawah kiri dan kanan oleh PH dan juga oleh UMNO dan BERSATU sendiri. Keadaan Azmin sekarang ini adalah seperti beruk tunggal kerana tiada siapa dalam PN yang mahu mengiktiraf kepimpinan beliau dan hayat politik dia sudah semakin habis. Masa depan pun gelap.
3) UMNO dan PAS pun bersengketa juga kerana kerusi-kerusi tradisi Melayu majoriti dipegang oleh PAS dan PAS tidak mahu lepaskannya. Kalau UMNO tidak dapt kerusi2 itu bermaksud UMNO akan pupus sebagai parti Melayu.
4) UMNO sendiri pun tidak mengiktiraf Perikatan Nasional. GPS Sarawak pun tidak mengiktiraf Perikatan Nasional.
Secara mudahnya, lemahnya Perikatan Nasional itu sudah menjadi pengetahuan umum.
Maka, robohnya Perikatan Nasional ini sudah tidak dapat dielakkan lagi.
Kenyataan Zahid Hamidi di atas menandakan tidak sampai bulan Julai, Perikatan Nasional akan berkubur. Inshaalah.
Pakatan Harapan akan kembali memerintah Malaysia dalam masa terdekat. Amin!!!!