DENDAM YANG TAK SUDAH



Arina Riana

Mengapa Mahathir berkehendakkan sangat jawatan PM buat kali ketiga ini?

Perkiraan ramai kita, antaranya:

1) memulihkan wibawa & egonya yang teruk tercalar dek tersungkurnya kerajaan PH yg berpunca daripadanya,

2) menyelesaikan beberapa urusan kepentingan elit bisnes yg sentiasa setia bersama2 dan memerlukannya,

3) membalas jasa kepada para penyokong-pentaksubnya dengan kedudukan/tempat yg terjamin,

4) menangguhkan atau (jika masih mungkin) menyekat kemaraan Anwar ke jawatan nombor satu negara, dan

5) memastikan namanya tercatat sebagai jaguh politik yg tidak mampu dikalahkan lawan atau kawan.

Apakah kita secara jujur, yakin bahawa nasib dan kepentingan rakyat ramai serta destini negara punya tempat dalam skema politiknya kali ini?

Anwar & seluruh PH, berwaspadalah!

Para penyokong dan rakyat menaruh harapan tinggi dan meyakini komitmen dan  kebijaksanaan anda. Jangan kecewakan mereka kali ini! 

(AB, 15/6/20)



No comments: