BAGAIMANA MEREKA CUBA MEMPENGARUHI AKU....


Nik Ismail

Dalam friendlist aku tak kurang yang meminati DS Anwar dan mahu melihat beliau menerajui pimpinan negara. Meski beberapa orang kanan beliau yang berpatah arang dan kecewa malah mengkhianati perjuangan yang beliau asaskan.

Kita mahu melihat sosok ini memerintah negara bukan kerana taksubkan beliau. Bukan juga kerana apabila Dsai naik, penulis picisan seperti aku akan mendapat habuan. Ini kerana kita mahu yg terbaik untuk negara dan rakyat ini.

Aku ada kenalan dari UMNO dan Kartel yang smpai sekarang cuba memujuk untuk bersama mereka. Mereka ini sama kawan kawan bergaduh dan bertukar pendapat. Bila sampai usaha pujuk memujuk aku tk balas mesej mereka.

Aku mahu melihat bagaimana Dsai mampu memimpin negara ke arah yg lebih baik. Beberapa badan kementerian yang beliau telah pegang dan urus dengan baik. Malah di posisi Timb PM juga prestasi beliau tak tergugah. Beliau dijatuhkan bukan masalah kredibiliti tetapi fitnah moral cubaan mengaibkan beliau. Akibat dari itu, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara.

Aku taknak ulas aktivisme Dsai ketika mahasiswa dan darah muda, juga bukan mengenai kemampuan kepimpinan beliau di negara dan antarabangsa, boleh baca di mana mana. Tetapi tulisan santai ini menegaskan bahawa aku antara jutaan rakyat Malaysia yang mahu melihat Dsai menjadi pemimpin no 1 negara. Wallahualam.

No comments: