Amanah lahir pd 2015 dulu dari rahim pembangkang. Masa lahir kita hanya ada beberapa ADUN dan MP saja, betapa naifnya kita ketika itu sampai ada satu Presiden Parti Agama memberi hayat kita 3 bulan saja.
Tapi semangat juang kita kuat, sambutan keahlian pun tak seramai mana tp kita tetap diberi posisi dan peranan yang baik dalam PH bersama PKR dan DAP pada masa itu.
Dalam keadaan sekarang, kita tetap lebih baik dari 2015 dulu, kenapa kita seolah-olah takut untuk mulakan kembali perjuangan kita dalam saf pembangkag. 2015 dulu kita ada tempuh 3 tahun sebelum PRU dan sekarang kita juga ada 3 tahun sebelum PRU15.
PRU 14 dulu Anwar direhatkan di Sg Buloh dan Allah hantar Tun untuk pulihkan semangat PH yang agak goyang bila tiada Anwar. Sebab itulah keputusan dan usaha Najib untuk rehatkan Anwar kedalam penjara adalah keputusan tepat tapi dia lakukan kesilapan bila bermusuh dengan Tun tapi dia sendiri tidak jangka Tun akan bersama PH.
Bila Anwar mulakan langkah Kajang untuk meletakkan diri beliau sebagai MB Selangor, Najib sudah
nampak bala besar akan berlaku bila Anwar jadi MB Selangor. TSKI pada masa itu bukan gagal dalam menerajui Selangor tapi beliau gagal menjadikan Selangor sebagai model politik untuk memerintah Malaysia. Sebab itu kes rayuan Anwar sepatutnya selepas PRK Kajang dipercepatkan semata-mata untuk matikan langkah Kajang dgn menggunak skil yg ada pd TS Shafie Abdullah (akhirnya terdedah Najib bagi duit RM8 juta). Setelah Anwar dipenjara PH jd lesu dan kehadiran Tun memberi nafas baru kpd PH. Cuma bijaknya Tun beliau berjaya membentuk PH dlm satu organisasi yg mantap.
Berbalik kpd PRU15, Anwar sdh berada di barisan hadapan utk mengemudi PH. Semasa PR dulu Anwar berjaya menawan Kedah, Penang dan Perak dan mula bertapak di Johor, Melaka dan NS. PRU13 PR dpt undi popular cuma slps PRU13 Pas mula buat hal dan selepas TGNA meninggal dan Anwar terpenjara, Pas terus keluar dr PR dan PR hancur. Lahir Amanah maka wujud pakatan pembangkang dgn jenama baru PH tp agak slow sbb tiada peneraju, Kak Wan pd masa itu menerima byk gangguan dr pasukan Azmin yg mencaturkan PKR bergabung dgn Pas dan Umno.
Kalau kita susun jentera utk PRU15 dr sekarang, rasanya PH akan lebih mantap tanpa ada fokus lain utk rampas balik kerajaan dr PN. Saya sependapat dgn ramai penyokong yg minta supaya biarkan PN terus memerintah sehingga PRU15, tak sampai kemana pun mereka dlm keadaan byk penyakit, 3 serangkai ada, usus ada dan macam2. Mereka akan sibuk merawat penyakit mereka dulu ( penyakit politik antara PPBM, Pas, Umno dan MCA), tak payah buat MRI tgk pun kita dah tahu.
Anwar mampu memberi nafas baru dlm kempen dan sentiasa cepat menerima perkembangan teknologi. Boleh dikatakan sepanjang mlm semasa PKP beliau keudara dan mendapat viewer kadang2 melebih 9K. Sebelum PKP ada ceramah beliau dan beberapa pimpinan PH mencecah lebih 30K viewer dan kalau suasan itu berterusn tanpa PKP, PN sekarang sdh goyang. C19 selamatkan kerajaan PN dan kita tunggu bila PKP tamat utk terus susun jentera.
Saya harap PH dan penyokong PH kurangkan bermimpi utk rampas balik Putra dr PN selarang, kita susun dan yakinkan rakyat bhw PRU15 kita serius untuk masuk Putrajaya demi rakyat bukan demi kuasa semata2.