RAMAI PUN DAH AGAK...MEREKA AKAN KATA GABENOR DAN KAKITANGAN YANG SALAH...



Nampak tak, Ramai kelompok PAS dan UMNO cuba salahkan Bank Negara, Sampaikan Menteri kewangan kayangan pun salahkan komunikasi Bank Negara.. mereka cuba jadikan Gabenor Bank Negara sebagai kambing hitam..

Sebelum ni depa cuba kambing hitamkan KSU Kementerian KPDNK isu permit kilang arak Henieken.. lepas tu salahkan KSN dalam isu jemputan Mesyuarat COVID-19.. kali ni Bank Negara..sedangkan dasar itu datang dari Kerajaan,Kementerian kewangan..

Dalam temubual Awani Menteri Kayangan Tg Zafrul dan Azmin Ali sendiri jelas , mereka  sendiri menyebutkan Kompaun keatas faedah, Dan faedah itu dikecualikan,.. ada bukti video kenyataan mereka..hari ini menteri kewangan sendiri cuba salahkan komunikasi dari Bank Negara atau sebenarnya yang salah itu komuniaksi dari Menteri Kewangan dan Menteri ekonomi(MITI) tebuk atap ?

Depa cuba kaitkan kononnya Gabenor bank negara  Nor Shamsiah Mohd Yunus kononnya dia dilantik Lim Guan eng..sedangkan dia bukan orang Politik..dia mmg layak sebagai gabenor..Dia bekas Timbalan gabenor Bank Negara sebelum berkhidmat dengan IMF..

Apakah ada cubaan politik untuk gantikan Gabenor Bank Negara pulak.. Mana tahu, Ada kelompok Kapitalis Bank..kelompok kayangan yang dahagakan rezab tunai Bank Negara.. apakah Gabenor Bank Negara sekarang menjadi penghalang ?

Jangan lupa, Sebelum ini pernah didedahkan..Bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum PH yang dituduh  membeli  tanah seluas 55.79 ekar pada nilai RM 2 bilion dari kerajaan ..bayangkan Bank Negara beli tanah yang takda sebarang keperluan dari Kerajaan pada harga yang tinggi..masa tu orang kaitkan dengan 1MDB..

Agaknya dalam keadaan ekonomi yang tenat ni..depa perlukan Gabenor Bank Negara yang baru kut.. :)

Ipohmali