BAHAGIAN 6
Sejarah seperti pita rakaman, kita boleh paksa ia bergerak kedepan dengan cepat.Maka, tidak lama kemudian, Mahathir bersama Muhyiddin Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah parti politik mereka sendiri yang diberi nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pada peringkat awal, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak membenarkan nama BERSATU digunakan. Parti baru itu diarahkan menggunakan gelaran PPBM.
Aku melihat dan mengikuti jejak PPBM di Johor, khususnya. PPBM Johor telah mengadakan satu ceramah awal di Air Hitam dalam kawasan Parlimen Bakri, di Muar.Suatu kawasan Melayu.Mahathir hadir di ceramah tersebut.Aku turut hadir.Macam di zaman reformasi (20 tahun lalu), di mana apabila Anwar Ibrahim datang berceramah, maka beribu orang akan hadir, dan kereta berderetan bersusun di tepi jalan, maka begitulah juga yang berlaku sekarang, di setiap ceramah Mahathir.Masih hebat aura Mahathir, hatiku berkata-kata.
Pada suatu majlis perasmian PPBM Kawasan DUN Jorak, dalam Parlimen Pagoh, kawasan kuat Muhyiddin, Mahathir dan Dr.Siti Hasmah Ali turut hadir.Malam itu, hari hujan, tetapi tidak lebat.Muhyiddin sebagai tuan rumah kelihatan gembira kerana sambutan hebat walaupun hujan.Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR juga hadir. Anwar Ibrahim masih dalam penjara.
Aku ingin bersifat merendah diri atau low profile pada malam itu kerana pimpinan pusat PKR iaitu Azmin Ali ada hadir di majlis itu.Azmin mendesak aku supaya mengikut dia naik ke pentas khas duduk bersama Mahathir.Azmin mungkin tahu sikapku agak kritis terhadap Mahathir.Timbalan Presiden PKR itu bersungguh-sungguh meminta aku (Pengerusi PKR Johor) supaya duduk bersama Mahathir di pentas khas itu.Akhirnya, aku akur juga. Aku duduk di barisan belakang pimpinan utama. Azmin duduk di sebelah Mahathir.
BAHAGIAN 7
Sikapku terhadap Mahathir, terumbang ambing. Kadang-kadang hormat, kadang-kadang marah.Suatu dilemma.Aku sukar menerima kepimpinan Mahathir selagi Anwar masih merengkok terseksa di dalam penjara.
Bagaimanapun, sikapku terhadap Mahathir berubah begitu drastik apabila Mahathir menapak mata anak tangga untuk naik ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk bertemu Anwar Ibrahim. Gambar foto Mahathir bersalaman dengan Anwar yang diviral atau tular di internet, dalam akhbar, dan terpancar di kaca telivisyen, di dalam dan di luar negara, menjadikan sikapku yang keras terhadap Mahathir mulai cair.
Aku kembali berfikir dan menilai peranan Mahathir dalam senario politik Malaysia waktu itu.Aku bertanya kepada diriku, secara jujur.Jika Anwar Ibrahim boleh memaafkan Mahathir, maka mengapa aku mesti kekal bersikap keras terhadap bekas diktator itu? Tidak bolehkah aku juga memaafkannya tentang apa yang Mahathir telah lakukan sepanjang 22 tahun dia berkuasa sebagai Perdana Menteri?