JANGAN BENARKAN UPAH PEKERJA ASING TANPA DOKUMEN






"(Untuk penyelesaian jangka panjang), kami mendesak kerajaan untuk memberikan dokumen kebenaran untuk mereka bekerja. "Sangat sukar bagi kami menggaji pekerja tempatan kerana mereka tidak mahu bekerja dalam pekerjaan 3D (berbahaya, kotor dan sukar). Kotak ikan berat sehingga 200kg dengan ais. Tidak banyak yang sanggup menghidu bau dan mengangkat berat seperti itu," kata Kian Hock, seperti dipetik Malaysiakini. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata pada 11 April 2020, tenaga buruh Malaysia merekodkan 15.6 juta orang pada 2019 berbanding 15.3 juta pada 2018. "Menurut dapatan awalan STB 2019, statistik tenaga buruh mengikut kewarganegaraan adalah 13.3 juta orang warganegara dan bukan warganegara adalah 2.3 juta orang." Laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia memaparkan notis Kesalahan Melindungi atau Menggaji PATI atau membenarkan PATI dalam Premis, di bawah Akta Imigresen 1959 iaitu: Seksyen 55B - Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah. Hukumannya: Pertama. Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.