Kenyataan bekas Perdana Menteri ke-7 itu menguatkan hujah bahawa beliau sebenarnya tidak mahu Anwar menggantikannya. Tetapi dalam satu perkembangan yang dilihat bercelaru, pada 18 Mei ini apabila sidang Dewan Rakyat bersambung semula, Tun Dr Mahathir Mohamad akan duduk di blok pembangkang, lapor the Star. Menurut Tun Dr Mahathir BERSATU - dengan dirinya sebagai pengerusi - kini terbelah dua. "Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan. "Dia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan PAKATAN HARAPAN tetapi bukan sebagai anggota Pakatan," katanya. Difahamkan sekumpulan kecil anggota parlimen yang masih setia kepada beliau akan menemankannya dengan duduk di bangku pembangkang. Ketua Pembangkang akan dipegang oleh Anwar berdasarkan sokongan 92 Ahli Parlimen PAKATAN HARAPAN.
QUO VADIS TUN DR MAHATHIR?