Md Zulaimi kazin
YB Salahuddin Ayub sebaik diberi tanggungjawab mengemudi MoA dia terus menyebut tanggungjawabnya menjaga "Food Security" negara. Kalau Mat Sabu jaga Benteng Pertahanan Negara dia pula jaga "Benteng Makanan Negara".
Bukan mudah sebenarnya sebab kengkangan yang besar adalah sistem yang diwarisi dari BN yang membenarkan kartel menguasai rantaian bekalan makanan ini, semua dimonopoli. Antara perkara pertama yg disebut dia nak lihat tiada monopoli dlm mana-mana AP keperluan utama negara... antaranya beras oleh Bernas.
Di awal dia masuk MoA dibelengu dengan harga barang naik. Hari-hari TV mainkan isu ayam, ikan dan telur harga naik semua ini angkara kartel. Rantaian kartel ini sudah berakar di MoA, kalau siapa tahu amat menakutkan... para elsekutif dalam MoA amat kuat dan sukar dirombak bagi membetulkan keadaan... ya warisan kleptokrasi.
Salahuddin berdepan dengan tekanan dari penyokong-penyokong parti minta beliau bertindak buat reformasi dalam MoA bagi tujuan memutuskan rantaian kartel ini taip tidak semudah itu seabb agenda reformasi tidak dibawa secara menyeluruh, pentadbirann
Putrajaya lebih fokus kepada selesaikan masalah yang dibawa oleh bapa kleptokrasi negara seperti isu 1MDB, Felda dll pada masa itu.
Soal-soal pentadbiran yang melibatkan elsekutif kalangan PTD tidak diberi keutamaan jadi sudah tentu esbagai menteri beliau tidak mendapat mandat penuh unutk buat reform sehingga nak tukarkan KSU pun tunggu ada isu yang benar-benar tidak boleh bertolak ansur... itu pun nasib baik Presiden MCA tunjuk surat sulit di parlimen isu tender baja yang diberi pada NAFAS, surat itu dikatakan didedah oleh KSU maka barulah Tun M mengarahkan KSU di tukar ke JPA.
Dalam kekangan pelbagai masalah dan serangan pembangkang, Salahudin meneruskan perjuangan memjadikan MoA sebagai Benteng Makanan Negara agar bekalan cukup dan harga stabil. Langkah-langkah berkesan diambil akhirnya isu harga ayam dan telur terus kembali pulih.
Isu harga ikan, Sallahudin menyerahkan kpd Faiz Fadzil sbg Pengerusi LKIM supaya menstrukturkan sistem pemasaran ikan agar lebih berpihak kpd nelayan. Harga ikan tinggi tp nelayan masih miskin, dimana silapnya? YB Faiz bekerja keras disamping sedikit demi sedikit cuba merungkaikan rantaian kartel yg menjadi tokey di darat.
Salahuddin meletakkannHj Ishak seorang profesional untuk menjaga FAMA. FAMA adalah agensi yg terpenting utk.menjayakan Food Security dan tanggungjawab ini telah diambil secara berkesan oleh Hj Ishak Ismail. Antara projek yg saya nampak baik adalah memperbanyakkan ladang kontrak bersama rakyat... rakyat ada tanah, FAMA usahakan modal utk petani menjayakan ladang termasuk mempersiapkan kemudahan infra di ladang dan FAMA akan membeli semua hasil petani ini untuk diedarkan ke seluruh negara.
Saya tidak tahu samada usaha2 yg telah dan sedang dilaksanakan oleh Salahuddin Ayub ini diteruskan oleh Menteri dan pegawai2 MoA atau kerajaan PN menghidupkan balik rantaian kartel yg semakin terlerai itu? Saya tidak nampak setakat hari ini polisi2 meyakinkan Menteri MoA PN ini, sebagai orang politik sdh tentu dia akan bawa agenda sendiri... tp apa dia?
Walaupun saya banyak juga menegur dan mengkritik YB DS Salahuddin Ayub namun sikap dan cara beliau yg banyak mendengar serta senang didekati menyebabkan beliau berjaya membawa perubahan dalam peranan MoA dlm menjaga Food Security negara. Andainya PH kembali selepas ini, maka wajar MoA diserahkan kpd beliau utk membuat reform sepenuhnya dlm MoA.