Kedua-dua mereka, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Nor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria sudah pun dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan terkait dengan isu melanggar arahan PKP di Lenggong, Perak beberapa hari lalu.
Mereka didapati melanggar arahan PKP dengan terlibat dalam acara makan secara beramai-ramai dan sembanhyang secara berjemaah tanpa mengamalkan penjarakan sosial.
Sehubungan itu, perlakuan mereka menjadi viral di media sosial, sekaligus mengundang kecaman hampir semua pihak.
Pihak polis juga menyatakan kertas siasatan terhadap kedua-dua mereka dijangka siap pada hari ini.
Namun, kedua-duanya kemudian tampil meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bolehkah mereka dimaafkan?
Apakah permohonan maaf ini petanda kedua-duanya akan dilepaskan dan tidak dikenakan sebarang tindakan?
Sementara rakyat biasa yang melanggar PKR sudah ramai yang didenda dan dipenjara, adilkah jika kedua-dua pemimpin ini dilepaskan begitu saja atas alasan mereka sudah memohon maaf?
Jika begitu, bolehkah semua mereka yang sudah dijatuhi hukuman juga memohon maaf secara terbuka dan selepas itu dibebaskan? (ShahbudinHusin 20/04/2020)