Umno pecat Annuar Musa?
Cerita menarik sebelum tidur malam ini ialah Umno telah “pecat” Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung dan menggantikannya dengan Ahmad Maslan? Apakah perubahan ini menunjukkan ada keretakan dalam Umno setelah pembentukan kerajaan (kabinet) oleh Muhyiddin.
Agak pelik juga dengan perubahan mendadak ini sedangkan Annuar dilihat berjaya menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Agung. Pembentukan Muafakat Nasional Umno-Pas peranannya banyak dimainkan oleh Annuar Musa.
Apakah alasannya kerana Annuar kini menteri, bukankah Setaiusaha Agung sebelum ini juga menteri tetapi diberi tugas menjalanikan tanggungjawab sertiausaha agung.
Iya saya tidak berhak untuk mengulas perkembangan ini, kita tunggulah ulasan daripada pengulas dan pemerhati politik Umno.
Dan khabarnya kejayaan menumbangkan kerajaan PH tidak memberi keuntungan besar kepada Umno. Banyak soksek sokse dari dalam Umno terkeluar dari bingkai kerahsiaannya.