Berapa lama agaknya TS Muhyiddin boleh mengekalkan jawatannya sbg PM?
Tempoh 2 bulan sebelum bulan Mei, adalah masa utk tragedi terbuka untuk Muhyiddin. Desakan UMNO, Azmin dan PAS dalam mengisi kerusi PANAS Kabinet akan berterusan. Jgn lupa juga ancaman dari MCA.
Bagaimana TSMY hendak menyelesaikan masalah/kemelut tersebut?. Ketika org2 PAS terus mendesak agar Hadi Awang di tempatkan/di lantik sebagai TPM...bagaimana perasaan Zahid dan Azmin?. Dan jika sebaliknya...hanya Azmin @ Zahid pulak yg menjadi calon TPM, di mana perginya maruah PAS dan Hadi?. Sudah tentu, jika 3 TPM yg bakal di wujudkan oleh TSMY nanti, ianya memudahkan PH membuat usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak dan...jika itu yg berlaku..maka itu juga adalah keputusan yg paling BODOH dari TSMY.
Itu mungkin intro shj kepada TSMY dalam menghadapi kemelut Politik Pakatan Nasional kerana BALA yg lebih teruk adalah 'RAMPASAN' kuasa yg bakal berlaku dari kem UMNO. UMNO boleh sahaja membeli jiwa MP2 Bersatu dan mencampakkan TSMY keluar dari barisan PN.
Persoalannya:
1. Bila TSMY akan di halau dari jawatan PM.
2. Adakah Malaysia akan memiliki PM yg masih mempunyai kes yg banyak (di Mahkamah)?.
3. Layakkah Azmin menjadi PM?
4. Di mana letaknya Hadi di dalam PN?.atau....
5. Adakah Pakatan Harapan kembali memimpin negara?
Saya tanya ikhlas ni...dan ada bantahan tak?
Ikhlas dan benar,
Mohd Asri Bakar.