UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN, HADI JANGAN KAITKAN AGONG



Parlimen adalah tempat di mana semua Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat di Parlimen masing-masing bersidang  dan membahaskan sebarang usul atau Rang Undang-Undang atau apa jua  yang melibatkan rakyat dan negara ini.

Sekiranya seseorang PM itu didapati oleh rakyat menjadi PM tanpa sokongan majoriiti Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili rakyat, maka Parlimen adalah tempat rujukannya di mana Parlimen berhak menentukan samada seseorang PM itu mendapat sokongan majoriti ahli-Ahli Parlimen untuk melayakkannya menjadi seorang PM.

Hadi Awang tidak perlu kaitkan Tuanku di dalam isu ini hanya kerana ada cadangan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada PM kerajaan pintu belakang sekarang.  Bukankah Umno dan Pas juga pernah pertikaikan perlantikan Peguam Negara?  Bukankah Umno dan Pas pernah pertikaikan perlantikan seseorang Menteri?  Bukankah perlantikan Peguam Negara dan seseorang menteri itu juga medapat perkenan Agong?  Adakah boleh dikatakan waktu itu Umno dan Pas mahu melanggar kuasa Agong?

Kalau Umno dan Pas pernah pertikaikan perlantikan Peguam Negara oleh kerajaan PH sebelum ini dianggap bukan mempertikaikan kuasa Agong, mengapa di dalam isu PM sekarang mereka boleh kaitkan dengan Agong?  Begitu bersungguh Hadi mempertahankan PM kerajaan pintu belakang ini.  Inikah namanya parti Islam?  Memalukan.

WFAUZDIN NS