Boleh pula MCA tak guna bahasa Melayu?
Ketika memerintah sebarang sepanduk atau poster di alam siber yang menggunakan bahasa mandarin oleh penyokong DAP menyebabkan pemimpin yang dikaitkan akan diserang sebagai anti Bahasa Melayu.
Malangnya tindakan MCA yang mengeluarkan poster ucapan tahniah kepada Wee Ka Siong yang dilantik sebagai menteri tanpa menggunakan bahasa Melayu tidak pula mendatangkan masalah.
Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Syahredzan Johan menggesa rakyat memikirkan perkara tersebut. Adakah bagi orang Melayu hanya Cina DAP sahaja yang dilarang menggunakan bahasa mandarin?
“Kalau dulu, TV3 pergi siar timbalan menteri cakap Cina untuk rangkaian TV Cina pun kena hentam.
“Padahal bukan salah timbalan menteri dan dijelaskan berkali-kali pun sampai TV3 minta maaf. Sekarang berlumba-lumba nak pertahan MCA. Ni semua hipokrit namanya,” katanya di Twitter.
Baru-baru ini, MCA memuat naik ucapan tahniah dalam bahasa Mandarin dan Inggeris kepada presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong.
Ucapan tersebut dibuat susulan pelantikan Wee selaku menteri pengangkutan yang baharu.
Terdahulu, Syahredzan turut menyelar tindakan pihak tertentu yang sebelum ini sengaja menimbulkan persepsi bahawa DAP merupakan parti yang tidak menghormati bahasa kebangsaan.
“Pusing satu negara, ratib tujuh hari tujuh malam. Macam kat Malaysia tak ada bahasa lain. Hanya untuk wujudkan persepsi yang kerajaan tak hormat Bahasa Melayu.
“Mengaku sajalah. Dulu buat isu sebab nak wujudkan persepsi. Kononnya bahasa kebangsaan tidak dihormati, kononnya nak dihapuskan. Sebenarnya tak pun,” katanya lagi.