Miqdad Zakaria
Saya difahamkan bahawa tidak ada rencangan menutup empat hotel Tabung Haji seperti yang difitnah oleh jentera propaganda pembangkang.
Hotel-hotel yang disebutkan itu akan terus beroperasi di bawah pengurusan Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) dan kebanyakan daripada 278 kakitangan dikekalkan. Bakinya ditawarkan jawatan lain.
Cuma khabarnya hotel terbabit akan melalui proses penjenamaan semula daripada TH Hotel kepada Hotel Raia. Operasinya tetap patuh Syariah.
Seperti kita sudah maklum, TH telah menjual hotel terbabit kepada UJSB. UJSB ini adalah syarikat milik penuh kerajaan. Ia diwujudkan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan dan penstrukturan semula TH tahun lalu.
Empat hotel terlibat adalah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Penang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang sebelum ini diuruskan oleh TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR).
Sejak mengambil alih hotel-hotel berkenaan, UJSB telah menyediakan modal baru bagi menambahbaik kemudahan sedia ada demi manfaat dan keselesaan pelanggan.
Tidak ada kakitangan akan diberhentikan Sebaliknya 90% akan terus bekerja dengan rangkaian hotel baharu ini manakala baki 10% akan ditawarkan pekerjaan di TH Kelana Jaya.
Selain itu, 90% kakitangan yang terlibat akan juga menerima saguhati berdasarkan sumbangan yang telah mereka berikan sepanjang berkhidmat di THHR.
Masalah dengan jentera propaganda pembangkang ini, khususnya yang memegang jawatan parti, mereka suka mengelirukan rakyat jelata dengan mencipta dan menyebarkan berita palsu - fake news.
Waalaikum. Terima kasih.
#Kredit Datuk A Kadir Jasin